Tuesday, October 4

This page will no longer operational. If any of you would want to know about my latest updates, kindly follow me on Twitter (@Afandifierce). Thank you for the great moments we have and let's have some fun on Twitter. See you there.

xoxo: AfandiFierce

Tuesday, August 23

Nasi Ayam A&W and Fresh Baked Macaronni with Cheese


Menggoda selera betul dgn post title. Lusa sudah mahu balik raya. Tomorrow dah kena start pack barang. A lot of things yang kena bawak balik. Termasuklah portrait convo yang saiz sebesar alam tu. Gembira nak sambut raya tapi sedih sebab Ramadhan hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Apa apa pun, didoakan semoga kita semua panjang umur, diberi sihat tubuh badan dan dapat bertemu dgn Ramadhan lagi tahun hadapan.

Semalam, Iftar lagi bersama Dyna, Attiqa dan Ahza. Unfortunately Alia couldn't join us yesterday since dia dah balik rumah Iftar with her mother. So we go by cab terus ke Wangsa Walk Mall. Balik balik Wangsa Walk. Originally plan adalah nak pergi Titiwangsa dan Iftar kat sana. So we thought nak sewa kereta but then due to some problems, kami tak dpt kereta. So, the plan is still on. Cuma tukar venue. We go To TGI Fridays dan A&W. Attiqa sangat happy. Lompat2 keriangan. We had a great time together.


The adorable Dyna sangat happy.


Attiqa senyum sana senyum sini. Tak sabar nak makan.


Cewwaaah ! My adik sorang ni. Konon la gambar candid kan, padahal dah pose maut bukan main lagi.



Me senyum lebar ! Dyna sempat beli Fresh Baked Macaronni with Cheese di TGI Fridays. Me sempat beli Nasi Ayam A&W. The rest beli set burger sahaja.



Sangat sedap dan kenyang ! Tak rugi rasanya Iftar kali ini !

Apa apa pun, me nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, ampun maaf kepada semua yang mengenali sama ada di alam maya atau realiti. InsyaAllah ini tahun terakhir berhari raya di Kuala Lumpur as in next year berhari raya sebagai seorang student semula. Raya pun dah tinggal beberapa hari saja lagi and me of course tak sempat nak update my blog. InsyaAllah lepas raya baru update. Selamat berbuka dan selamat menyambut hari raya semua.


xoxo: AfandiFierce

Friday, August 19

Swedish at night.




Sejak dah boleh drive ni we selalu keluar naik rental car and drive sendiri. Malas nak sesak2 naik public transport. Dah lah lambat. So, we sewa kereta and we keluar iftar di luar. Lama tak keluar dengan hayyan. So, this time me and ahza bawak hayyan iftar di Swedish Meatball, Ikea. Mujur my lovely ahza tau jalan. Me drive je tau. Of course la takkan ingat jalan2 ni kan. Bertolak at 4.30pm and sampai Ikea at 5.30pm. Awal kan? So we jalan2 kat the curve and survey barang2 untuk hari raya. COUNTDOWN ! Lagi 10 days. Shopping pun belum. Tunggu 27th August ni nak serbu mall dengan my second eldest sister. Oh, di ikea semalam sangat lah ramai. Terutama bila dah nak dekat waktu iftar. Kebetulan ada pulak buffet ramadhan. Lagi la ramai. We book table pukul 6.30pm.


SEE THE JUICY MEATBALLS? My gawd ! Sangatlah sedap. So heavenly. Sangat murah. 15pcs baru RM14. No service or tax charged. Makan banyak lupa diri.


Almondy Chocolate Da'im cake is the second best dishes kat situ. One slice baru RM5.20. SO MURAH ! SANGAT SEDAP. Texture cake yg sangat soft. Menurut hayyan, diorang gunakan resepi coklat da'im untuk buat kek ni. Macam manala saya tak terliur. Pandang orang sekeliling semua ambil kek ni for dessert. :)


See the price? Tak tipu kan? murah jeeeee. Semua orang boleh pergi. Plus, swedish meatballs ni hanya ada di Ikea. Tempat lain tak ade okay. :)


Me driving. Riak la kejap kan. hahaha.

So we really had a stellar iftar at Ikea with the boys. Walaupun semua kena minor heart attack because of me driving like a crazy maniac. BAHAHA. But everything went so well. We really had a good time. Iftar hari ni, we plan to have a home cooked meal for iftar.

xoxo: AfandiFierce

Thursday, August 18

Semester Terakhir Ramadan


Salam semua. CEPAT MASA BERLALU. Pejam celik dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Orang lain semua sibuk fikir tiket bas nak balik raya la, apa laaaa. Saya boleh tarik nafas lega sebab tiket semua dah ada. Cuma menunggu gaji 25 h/b ni saja dan pack2 barang. 26 h/b dah boleh balik raya. 27 h/b nak pi shopping dengan ngah pulak. Tau dah, makcik sorang tu of course terpacak tunggu depan pintu mall pukul 9.30am. Macam last year jugak. We went to the mall pukul 9.30am semata mata tak nak bersesak dgn org ramai. Few days ago we had a stellar iftar di Carl's Jr. Memang dah lama pun mengidam nak makan sebab terkenangkan burger ayam bacon yang sangat sangat sedap dan besar plus murah. Air boleh refill dan bawa balik. Natural cut fries. Fuh ! So, we sewa kereta and saya drive pergi Mid Valley with ahza, dyna and attiqa. First time drive after two years tak pegang stereng. Nasib baik auto. Jalan jammed pun tak rasa lenguh kaki.


Carl's Jr, Mid Valley Megamall. Sebelah Mc Donalds saje.


The girls were so happy. Asyik gelak saje all the time. We had a great time.


Juadah berbuka dah sampai. Me beli Bacon Swiss Combo Chicken. Makan banyak la. Sangat kenyang. Three of us semua beli fries and air medium size except for attiqa. Dia beli small size saje. Itupun kenyang sangat2 dia ckp.


Asyik senyum dan sengih. Dyna makan sgt banyak. So tamak la dia. Kejap nak ini, kejap nak itu.

Lepas berbuka, cepat2 balik sebab nak hantar dyna di Bukit Antarabangsa. Sesat banyak kali as we tak tau jalan. Dah la drive malam. Sesat kat Setapak masuk jalan kampung. Mujur tak jadi apa2. Then, sampai Bukit Antarabangsa ahza dan attiqa menjerit mcm orang gila sebab we lalu dpn rumah Dato' Siti Nurhaliza. Rumah dia memang tersangatlah besar. Bodyguards sekeliling. Thought nak berhenti sekejap but then bila tgk ramai sgt polis2 guard, takpelah. Drive slow2 saje sebab nak tgk. Rasanya, bilik saya tu sebesar stor saje kot kat rumah dia. Entah ke stor rumah dia lagi besar. But, overall. We had a stellar iftar with the girls and ahza. Sooo happy dapat jalan2.

xoxo: AfandiFierce

Wednesday, August 3

Ramadhan Review

Hari ni tak masuk office, duduk rumah tapi masih kena buat kerja kerja office. Selesai saja majlis convocation saya yang meriah tak hengat kat UIAM baru baru ni saya terus balik Kuala Kangsar. Nak sambut Ramadhan dengan family. Sempat la terawih dengan family kat surau taman perumahan.



Tgk tu, my gorgeous papa dah get ready nak pergi surau.



Mak sempat lagi mengadap rancangan TV kegemaran sementara tunggu my second eldest sister bersiap. Surau kami dekat saja. Belakang rumah. Selalunya abah la yang akan laungkan azan.

Maybe a bit boring and weird to some people tapi saya memang suka ikut mak pergi pasar. At least saya dapat tengok mcm mana kesungguhan masyarakat sini nak mencari rezeki and yg pastinya environment yang berbeza dari yang biasa saya lihat di Kuala Lumpur. Disebabkan 1 August dah puasa, jadi hari ni mak masak lebih sikit. Nak buat nasi tumis, ayam masak merah, sayur tumis udang dan ayam masak kicap. Makan besar weh ! So this boy lupa diri sekejap. Makan tak hengat dunia. Memang ni lah makanan favourite saya since saya kecik2 dulu and tak pernahnya cukup makan sepinggan. Menipu sangatla kalau makan sikit. Katanya this coming raya nak buat lagi. Kebetulan my eldest sister and brother in law pun balik. Supposed to be meriah la.



Masa untuk pilih sayur everybody. Are you ready mak?



See all the veges? Sangat segar walaupun saya ni bukannya peminat sayur tapi sekali sekala tgk sayur di pasar sgt best. Kalau buat pecal sgtt sedap !



Ketam ketam yang segar mak beli, nak buat masak sahur. Goreng biasa2 saja. Yang penting sedaappp.



Mak cari apa lagi tu? Tangan dah penuh dgn mcm2 dah ni. Tapi hari tu punya menu sangat sedapp. My brother in law makan tak toleh mak mentua kat belakang. Punya sedap kalah lauk kenduri. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KEPADA SEMUA. Moga mendapat keberkatannya.

Monday, August 1

6th IIC CONVOCATION- update #4

Alhamdulillah, 3oth July 2011 mencatat satu lagi sejarah dalam kehidupan saya dan semuanya berjalan dgn lancar dan baik sekali pada hari berkenaan. My mother cried right after my name has been called on stage. Perjalanan saya tak semudah seperti yang dilalui oleh orang lain. Orang lain jatuh sekali, mampu bangkit dan gagah berlari. Saya? Jatuh berkali2 dan merangkak perlahan untuk menuju kejayaan. Tapi, berkat usaha dan doa ibu, saya juga mampu berjaya seperti orang lain dan kini saya sudah mengenggam apa yang diimpikan tiga tahun lalu. Tak gentar lagi untuk terus berlari menggapai cita cita dan semakin kebal menangkis tohmahan dan kata kata sindiran mereka yang tidak jemu2 cuba menjatuhkan. Saya percaya, rezeki saya bukan di tangan mereka. Rezeki saya di tangan Tuhan. Jadi, peduli apa kata sindiran anda? Perjalanan saya masih jauh dan lebih mencabar. Tiada titik noktah untuk saya berhenti bermimpi yang indah dan berusaha mendapatkannya, kerana saya percaya setiap manusia yang dilahirkan itu ada kelebihan dan rezekinya. Bersyukur dan sentiasa meningkatkan prestasi diri. Alhamdulillah, ini kejayaan untuk mak abah saya.














Friday, July 29

6th IIC CONVOCATION- update #3



Tiada perasaan yang lebih membahagiakan saya apabila dapat melihat ibu bapa saya tersenyum lebar dan gembira dengan kejayaan yang saya genggam ini walaupun kejayaan saya ini tidaklah melangit tingginya. Tiga tahun saya impikan untuk mendengar nama sendiri diumumkan di dalam dewan CAC, IIUM ini dan alhamdulillah atas rezeki dan kesempatan yang diberi olehNya, esok 30th July 2011 bakal mencatat satu lagi sejarah yang tak akan saya lupakan. It has been such a wonderful, amazing, surreal, bizarre, inspirational three years that would probably ever happened in my life.

Apa lagi yang boleh saya luahkan dan ucapkan melainkan ucapan terima kasih kepada semua yang membantu saya selama ni. Jatuh bangun saya, gelak tawa saya, berjaya mahupun gagal, semua disaksikan oleh mereka. Mak Abah saya yang saya cintai, mereka tak jemu jemu mendoakan kejayaan anak anak mereka dan melihat kejayaan anak anak mereka. Kali ini, seorang lagi anak mereka berjaya melalui satu lagi detik detik bersejarah dalam kehidupan.

Secara umumnya, terima kasih buat yong dan ngah yang juga sering kali memberi motivasi buat saya. Tergigit lidah sekali sekala tu biasala. Tapi air dicincang takkan putus, mcm tu juga adek beradek. Yang penting mereka sentiasa mengingati hari2 bersejarah saya dan sentiasa menjadi penasihat saya. You guys thought me so much and I'm very lucky to take everything that you thought me.

Khas buat Ahza Syafiq, anda adalah bayang bayang saya yang sentiasa mangawal dan membantu saya melalui hari2 ceria mahupun suram. You are a role model to me in real life and thank you for giving me love. You're such a great person and a great friend. Anda adalah seorang manusia yang cukup saya segani, kagumi, saya sayangi dan saya kasihi. What else could I say? Thank you.

I am so proud to be part of this whole great story and it will be my epic history once and for all. It's been flattering and it's been amazing to got to be here with all of you.



xoxo: AfandiFierce

Monday, July 25

6th IIC CONVOCATION- update #2

Pagi tadi saya sempat ambil robe di kampus. Alhamdulillah Ya Allah. Syukur ke atasMu. Tiga tahun saya menantikan detik detik ini, baru sekarang giliran saya tiba. Terkenang balik saat susah payah saya nak mencapai cita cita. Kalau Allah dah tetapkan bahawa sesuatu itu memang milik kita, bahawa aral melintang beribu kali sekalipun IA AKAN TETAP MENJADI MILIK KITA. Biarlah gagal berkali kali, jatuh betimpa timpa tapi yakinlah janji Allah. Sesiapa yang berusaha akan mendapat hasilnya. Saya merasa manisnyaaaa perjuangan. Tak sia sia menangis beria jawab soalan Finance yang susah. xP

TAPI tadi saya tak sempat nak jumpa rakan rakan yang lain. Lepas ambik robe, saya masuk office sampai tengah hari. Nampak sahajaaa mereka lalu lalang di depan pintu office tapi tak sempat nak bertegur sapa. Saya yakin, sesiapa yang bergelar penuntut ilmu pasti mengimpikan saat saat kejayaan seperti apa yg saya rasa sekarang ni. Mcm tu lah saya rasa 3 tahun dulu. Sekarang giliran saya, tahun depan giliran anda pulaaaaaa. Yang paling bermakna, saya dapat kongsi kegembiraan ini bersama Ahza dan puteri2 saya yang lain. Itu yang penting. Oh ! Keluarga akan bertolak ke sini pagi Jumaat. Saya tak sabar nak peluk mak abah saya yang banyak melihat jatuh bangun saya, yang banyak melihat air mata saya tumpah, yang banyak mendengar gelak tawa saya, yang banyak menghidupkan api semangat saya semula. :)





Terima kasih kepada andaaaa kerana spoilkan mood saya sebab gaji lambat masuk.

apa apa je laaaa.


xoxo: AfandiFierce

Friday, July 22

ICE ROOM SESSION @Prima Gombak

Dah lama dah sebenarnyaaaaa dok baca kat blog rakyat blogger pasal Ice Room ni. Ramai yang cakap sedap kalah secret recipe bagai. Sayaaaa pun drpd dgr cakap2 orang, baik pergi sendiri. Semalam dapat DUIT LEBIH sikit terus ajak adik tercinta merayap pergi Ice Room Prima Gombak.

LOKASI SENANG SAJAAAAA. Tepi jalan opposite dgn McD Gombak. Sebelah Hong Leong Bank dan Secret Recipe. Wah ! Jiran giteewww. Excited meh ! Deko sangat cozy dan selesa. Masuk2 saja nampak budak junior di situ. Ayoo. Dating kaa? Tempat sgt selesa. Ice Room ni banyak menggunakan warna green apple. DAMAI dan LAPAR bila masuk. Cuma yang tak sedap tu, ramai sgt pekerja yg memerhati. Saya tak suka kalau tgh makan org pandang2. Saya tau la saya makan tak pernah sopan santun.





Sayaaaa order NUTCASE. Murah sajaaaa. Rm 7.90.



Achik order Strawberry Ice Cream.



Sebelum makan berat TELAN ni dulu. RM4.50



Achik saya order INI. Ape ntah. Ala ala Japanese Dish. Okaaaaay la. Tapi saya tak suka sgt Japanese Dish. Soooooo, saya pilih yg kat bawah ni.



Ini namanya Chicken Chop noodle. SEDAP ! Mee dia tak basah sgt. Kering2 je. Ayam dia pun rangup. Okeng laaaaa. Boleh kasi 3.5 bintang out of 5.

Overall. Tak rugi makan kat sana. Harga tak mahal sgtt sgtt. Kalau nak kan kelainan boleh cuba. Oh ! Di Prima Gombak sekarang dah macam Heaven of Food. Segala bagai makanan ada kat situ. Tak payah susah pergi jauh2.


xoxo: AfandiFierce

Friday, July 15

HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS PART II

14th July. Kami RAMAI2 serbu Mid Valley Megamall menonton Harry Potter final part. BANGGA sebab dpt jadi antara yg terawal menonton premiere Harry Potter di Malaysia. YANG PALING BERMAKNA lagi apabila turut disertai oleh rakan2 saya YANG sporting. Oh ! My beloved Ahza also join me there. Oleh itu, we decided to dress up not exactly the same but still have the significant of Harry Potter. Gedik je.

Me as Harry James Potter
Ahza Syafiq as Ronald Weasley
Attiqa Yahaya as Luna Lovegood
Dyna Johari as Hermione Granger (she insist not to put her picture in any sources)
Aliaa Maisarah as Ginny Weasley


Harry Potter and MUGGLE. HAHAHAHA. Fazren Dafi laaaa..


Ginny Weasley, Luna Lovegood and Harry Potter



Harry Potter and Ginny Weasley



Harry Potter and Ronald Weasley



Me as Harry James Potter !

Wednesday, July 6

Good Vibes People, love y'all !

Hari ni kerja macam biasa. Berjubah ke office. Oh ! Hari ni ada meeting bersama Cik Jaya kita yang coooool. Suka Cik Jaya. Macam bapa sendiri pulakk. Meeting mengenai intake ahad ni dan diskusi mengenai komplain2 yang diterima sepanjang minggu selepas intake yang terakhir. Dulu jadi SRC mane tahu sgt hal ni semua. (mmg tak amek tau pung). Sekarang baru tauuuuu. Dalam tgh hari mcm tu, ADA SORG HAMBA ALLAH ni kasi kek sebiji utk kami semua. Waaaa. GEMBIRA ! Apa lagi, makan la ! Kak Ogy dan Amirah PUASA GANTI. Tapi saya dah tapaukan dah utk diorang. Kak Ira && Angah tak dtg. So, takde rezeki. ngehehehe. Kek tu biaseje laaaa. Tak la marvelous sgt pung. Tapi bolehla utk melarikan minda yg bosan di OFFICE. KEBOSANAN satu hari. Oleh itu, kejap2 ke CAFE CARIK MAKANAN. Mana lagi boleh pergi? CAFE je laaaaaaaa. Di office pung mengantokk. Dok ingat bantal tilam kat umaaaa. Bosannnn. Ptg balek.


KEK SAYA DAN MEJA SAYA YANG BERSEPAAAAAAAAH TAK PERNAH KEMAS.


MANA KEK SAYA? HAHAHA. DAH TELANNNNN.
xoxo: AfandiFierce

Tuesday, July 5

25 RANDOM FACTS about me.

1)Nama penuh MUHAMMAD RASYDAN B MA'AT. Org panggil abg Rasydan, keluarga tercinta panggil Dan, yg tersayang panggil papa. Adham Afandi tu nama tipu saja okayyy. Ramai tanya apa maksud adham afandi? Maksudnya, adham: sesuatu yg baru, afandi: gelaran bg org yg berpangkat tinggi. Jadilah adham afandi. :D

2)Saya seorang yg bercita cita tinggi. Kalau boleh semua benda nak buat. Selagi boleh tinggi cita cita tu, selagi tu saya berangan dan akan usahakan sampai dapat.

3)Saya tak mudah jatuh hati. Berangan sikit2 tu adela, kah3 !! tapi utk jatuh hati tu sgtlah SUSAH. Saya ni takde hati perasaan kott?

4)SAYA SGT SUKA MAKAN. Semua makanan yg mengakibatkan kegemukkan saya SUKA.

5)SAYA SGT RAJIN KEMAS RUMAH dan saya suka kemas rumah. TAPI kalau dah berkali2 bersihkan, tetap dikotorkan oleh mereka YG PEMALAS, Terus saya taknak bersihkan lagi dah. BERSIHKAN SENDIRI PULAK.

6)Saya tak suka ANDA yg gila kuasa. Nak jawatan tinggi2 jek. Bajet bagus tapi kerja TAK RETI BUAAAAT.

7)Saya tak suka benda last minute. Kalau ada yg nak suruh buat pembayaran atau apa jua yg memerlukan khidmat saya tapi bagitau last minute, mmg SAYA TAKKAN AMEK TAU. Sila BELAJAR utk buat perancangan awal.

8)Saya BENCI lipas.

9)ACER adalah lappy pertama saya yg dibeli MENGGUNAKAN WANG saya sendiri.

10)Nokia X2 juga telefon bimbit pertama yang dibeli menggunakan wang saya sendiri.

11)Saya sgt suka kartun atashinchi.

12)Kalau di rumah, saya byk habiskan masa menonton channel E! saluran 712, astro. Rancangan favorite tentunya E! Live from The Red Carpet. Pastu saya akan berangan.

13)Saya tak suka sukan. Masa sekolah2 saya akan tipu cikgu kata saya ada penyakit, jd tak dpt join waktu PJ.

14)Saya dulu SANGAT aktif waktu zaman sekolah. Sijil2 saya waktu sek rendah dan menegah semuanya dah melebihi 100.

15)Saya tak pandai nak jaga budak2 sebab saya takde adik.

16)Saya BENCI nyamuk.

17)Saya suka semua jenis muzik kecuali muzik yg buat saya serabut mcm nak bunuh diri. Contohnya muzik rock.

18)Saya SUKA dan SELALU berangan

19)Saya ada seorang kwn baik/teman setia/org yg disayangi. Anda adalah AHZA SYAFIQ BIN ZAMANI.

20)Saya tak suka org BERLETER/MEMBEBEL tepi telinga saya. Nanti saya stress && bila saya stress saya akan buat benda2 yg tak sepatutnyaaaaaaa.

21)Saya sgt MEMILIH dlm berkawan. Saya mengakuuuu saya TAK MUDAH DIDEKATI. Tgk2 dari jaoh bolehla. Kalau nak dekat, sila jadi org yang boleh IMPRESS saya.

22)Saya punya tweets kat twitter dah 7000 lebih. HAHAHA.

23)Saya bukan seorang book worm tapi KALAU saya belajar, saya akan belajar MCM TAKDE HARI ESOK.

24)Saya pernah bercita cita utk jadi artis TAPI sebab saya tak sukakan KEHIDUPAN sosial bebas, SAYA RELA BELAJAR TINGGI2 SAJA dan jadi ORG TERPELAJAR.

25)MAK ABAH SAYA adalah INSAN YANG SAYA TAK DAPAT HIDUP TANPA MEREKA. MEREKA ADALAH NYAWA SAYA DAN SAYA CINTAKAN MAK ABAH SAYA. :D

xoxo: AfandiFierce

Monday, July 4

6th IIC CONVOCATION- update #1


It's JULY EVERYBODY ! Apakah yang menarik dalam bulan JULY INI?

6TH IIC CONVOCATION, IIUM GOMBAK

SIAPA YANG MAHU CONVO?
hahaha. Saya la !
Bermula entry ini, sehingga ke tarikh 31st JULY, saya akan membawakan segala update dan news mengenai convocation saya. Saya adalah antara orang yang sangat excited bila membawakan berita mengenai convocation. Dari dulu saya tak pernah lepaskan peluang mengikuti majlis convocation kakak2 saya walaupun saya tak dapat masuk dalam dewan sebab bawah umur. Tak kesaaaaa. Yang penting dpt datang bawa bunga besar2 pun dah cukup seronok.

Saya gembira melihat kejayaan orang lain. Kejayaan kedua2 kakak saya antara menjadi pembakar semangat utk saya juga berjaya. POYO JEEEE. KAH3 !! Dah betul. Paling bermakna, saya pernah kata pada diri saya sendiri 3 tahun lalu, saya akan pastikan saya dapat ambil skroll saya di dewan IIUM yang berprestij INI ! ALHAMDULILLAH. Berkat pengorbanan, doa, usaha mak abah dan kegigihan saya, kini sampai masanya. 30th July, tarikh keramat itu, saya berjaya menggapai satu lagi antara 'wildest dreams' saya selama ini. Paling BERMAKNA, apabila saya JUGA bakal mengecapi detik2 itu di DEWAN yang sama ketika kakak saya yang kedua mengecapi detik2 majlis convocation beliau. Kami berkongsi detik2 yang serupaaaaaa.

Setiap persiapan harus diatur rapi. Dalam minggu ini, atau minggu depan saya harus ke IIUM terlebih dahulu. Nak tinjau2 lokasi rehat utk mak abah saya. Keselesaan mak abah saya ketika hari convocation saya adalah amat penting ! Perlu cari tempat rehat utk mereka. Harus berhubung dgn mana2 wakil dari IIUM juga. Oh ! BAJU ! BAJU ! BAJU ! Belum lagi diputuskan. Beberapa hari sebelum majlis semuanya harus siap sedia ! Oh ! Perlu cari imej dan gaya yang sesuai ! Banyak benda nak fikir ni ! Macam nak kahwin pulak. KAH3 !! Hee. Ahza Wufka and Team kan ada. Serahkan saja mengenai penataan gaya pada mereka. Pasti fabulous! heeee. Nantikan update yang bakal menyusul nanti !

xoxo: AfandiFierce

Thursday, June 23

BELUM BERSEDIA

Hari ni saya terdengar mengenai cerita 'mereka'. SIAPAKAH MEREKA? ahahaha. Guess who? Anda anda yang yang masih mentah. WALAUPUN saya dah tamat belajar di situ TAPI saya masih lagi mengikuti perkembangan mereka. Almaklumlah, dulu kononnya nak buat perubahan dan semangat berkobar2 segala. Tapi belum pun sampai hujung tahun anda yang dulu berkobar dah lemau. Mcm mana? Tak guna ke kursus induksi sana sini, ke puchong segala kalau NIAT tu hanya tahu nak jalan2 makan angin HABISKAN wang. Tak guna juga KALAU sibuk bagi tau satu kolej yang anda teman rapat sekian sekian manusia yang mana mereka DULU adalah 'seseorang' di kolej. LIHATLAH diri anda sekarang. MEMALUKAN. Kepercayaan ahli terhadap anda juga dah kurang dan semakin menipis.

BUKAN nak kata diri saya bagus sangat, TAPI saya pernah di kedudukan anda dulu malahan lebih tinggi dan LEBIH BANYAK TEKANAN DAN TANGGUNG JAWAB sampai saya naik pening TAPI akhirnya hingga ke penamat kami mampu senyum dan berbangga atas pencapaian kami. Kenapa saya guna term kami? KERANA KAMI BEKERJASAMA.

Dulu bukan main sibuk bagi tahu semua orang anda mahu itu mahu ini, mahu belajar mahu jadi lebih baik. APA SUDAH JADI? Anda ibarat keropok lemau sekarang. Kalau anda tak usaha untuk perbetulkannya, SIA SIA WANG DIHABISKAN makan angin di puchong segala. Ops! bukan makan angin, KURSUS INDUKSI BERSAMA SENIOR KATANYA.

SEKARANG program tak jalan, anda melilau ke sana ke mari mencari masalah dan jadi bahan umpatan orang. PEGANG JAWATAN SAMPAI DUA TIGA dan berbangga, tapi ANDA lupa jawatan ITU AMANAH. Anda tak lakukan AMANAH YANG TUHAN beri. Kemudian anda menyalahkan masa yg singkat. Kata pergi kursus induksi, belajar cara kepimpinan DARI SENIOR sampai berhari2. Pergi tu pun BERKALI2. Sampai bermalam di sana sini. Tapi mana skill2 itu? Yg saya tgk, TAHU MENGARAH dan BERCAKAP sahaja. Itu bukan skill kepimpinan yg betul. ATAU itu yg senior anda ajar. SAYA juga rakan KEPADA senior anda dan saya tahu itu bukan apa yg dididik oleh mereka. Masalahnya adalah anda MALAS. MEMALUKAN. Penat sahaja SENIOR anda ajar cara membuat PROPOSAL segala, tapi sekarang SEMUA TAK SIAP. Penat sahaja SENIOR anda ajar cara mengemudi program segala, TAPI AKHIRNYA PIOH IV akan dtg TAK DIPEDULI oleh anda. SHAME ON YOU. Jadi? mahu balik tidur dan sibuk mencari kesalahan org atau anda lakukan sesuatu perbetulkan keadaan sekarang? SHAME ON YOU MAN!

BUKTIKAN yang anda mampu KOTAKAN kata kata anda SATU KETIKA DULU. INGAT, mungkin dulu anda suka menyalahkan semua yg org lakukan tak kena, kini ia berbalik kepada anda. Sedarlah sebelum AGM 2012 awal januari nanti. Jangan orang bersorak kerana anda dah lucut jawatan.

mungkin,
ANDA MASIH BELUM BERSEDIA UNTUK SEMUA INI.

xoxo: AfandiFierce

Tuesday, June 21

Handphone Rosak

Saya marah2 ptg tadi. Puncanya? HANDPHONE SAYA ROSAK. Sebenarnye salah sendiri jugak. Takmaulah cakap kat sini apa puncanya. Mati saya kena gelak. Tapi tak sangka akan jadi seteruk ituu!! Baru je pagi td rakan sekerja saya puji2 handphone saya tu. Alih2 ptg dah rosak. Bengong. Saya nak repair di Giant memandangkan masih ada warranty card TAPI WARRANTY TU tak boleh pakai dkt outlet Nokia di Giant. Sakit hati yg teramat. AKIBATNYA lepas geram dgn makan nasi ayam sepinggan bersama ahza wufka sambil mulut tak henti henti membebel. Sudahlah nasi ayam tu nasi sikit. Saya ni tak makan dari pagi akibat kesibukan. Oleh itu bebel lagi. Mangsa yang kena mendengar? AHZA WUFKA. Kesian beliau.

Oleh itu, solusinya minggu depan balik perak dan hantar ke NOKIA CENTRE di Ipoh. Buat sementara waktu ni, hayyan pinjamkan saya handphone beliau dulu. Oh yeah! Bukannye saya risau sbb tak dpt call org ke apa, saya cuma risau kalau2 emergency call from my mother tak dpt. At least bila hayyan dah pinjamkan tak lah saya risau sgt. :)

Ahza Wufka sgt bersabar dgn saya. Kagum dgn beliau. Bukan calang calang org boleh tahan dgn perangai saya ni. Saya mengaku saya memang suka membebel dan cepat naik angin kalau apa2 gadget yang saya guna tiba2 rosak. Paling teruk saya naik angin meroyan kalau lappy saya rosak. Sebab itu saya sgt menjaga semua alat2 teknologi yang saya pakai. Tapi kadang2 kerosakkan yg berlaku tu disebabkan saya jugak. HAHAHA. Oleh itu kalau saya membebel, itu maknanya saya bebelkan pada diri sendiri. Ahza Wufka dah faham sgt dgn ragam saya, oleh itu beliau diam dan senyum sahaja bila saya membebel dan naik angin.

note: Kepada bakal isteri saya nanti, sila belajar cara2 nak kawal keadaan saya dari ahza wufka dan ibu saya. Harus amik kursus 3 bulan drpd mereka.

GAMBAR TERBARU



xoxo: AfandiFierce

Sunday, June 5

WE TELL SWEET STORIES

Masa saya sempat balik ke kg beberapa minggu yang lepas, KAMI SATU FAMILY sempat jln2 to Alor Setar. My sister's friend kawen. Me very excited sbb dah lama tak balik ke tempat kelahiran. HAA.. RAMAI yg belum tahu yg saya ni LAHIR DI KEDAH. ALOQ STAQ lagi tu. Sempat menetap di sana selama 11 tahun. Smpai darjah 5 sahajaaa. Picture kat bawah adalah suasana ketika wedding berkenaan. Si pengantin perempuan tu dulu JIRAN saya and bestfriend ngah sampai ke UIA. Both of them mmg kawan from little kids sampai UIA and now both of them dah kawen. So, we decided to go to her wedding. Her name is k.Ellina and dia adalah pegawai undang2 di Majlis bandaraya A/S. Rasanya saya takkde snap picture beliau sbb BUSY berborak bersama makcek2 di situ. HAHAHA! Almaklumlah, dah lama takk jumpa makcek2 di situ. SEMUA terkejut melihat tumBESARANku. YE LA, last diorang tgk saya umur 11 thn, sekarang UDAH 21. If sama je mcm dulu mestila something wrong somewhere.


Wedding besar besaran. We nakk parking kereta pun kena pusing2 carik tempat. Penuh!


Mak tgh sakan berborak. Gelak besar all the time. Yang sebelah tu, pakai baju warna peach tu is makcek yah chott. I like her. Dia kecoh2 sikit. Memang tipuula kalau tak gelak if borak dgn dia.


Yang pagar putih tu adalah our home DULU. Tapi dulu2 pagar berkarat. Now, since dah adaa owner baru dia cat habes satu rumah. Even dah rupa lain tapi still menggamit memori. Dulu2 kat depan rumah tu ada pokok kari yg tinggi. Mak dulu kalau nak masak kari, amek je daun kari kat pokok tu. Tapayah beli kat market.


Jalan ni la yang dulu saya dok race naik bicycle dgn kawan2. Now all my friends semua hilangg ke mana ntah. Tapi kalau dulu takde la pokok2 ni merimbun sgt. SEKARANG dah nampak sempit dah jalan ni. Garden kat dpn tu pun dulu lapang je. Now tiba2 ada pulak mini dewan kat tepi tuh. 80% rupa asal dahh hilang. Quite sad la. Gambar ngah pun tersnap sekali dlm pic ni.


Mak masih lagi rancakk berborak. timbul energy six million dollar woman dia. Yang baju biru tu namanya makcek PAH. Dok dpn rumah saya dulu.


Ni pintu DEPAN my primary school dulu. Teringat masa2 saya darjah 4. Masa tu sek. petang. Balik kul 6pm. Saya kan prefect dulu. Oleh itu kenala jaga gate sbb nak kawal situasi la kononnya. Budak2 balik kul 6pm. Saya keluar kelas kul 5.15pm. Konon nak jaga awal. padahal dok main jengket2 dgn kwn dpn pintu pagar sek. Nampak tu pondok tu? Tu namanya Cinderella's castle. Konon saya ni prince nak selamatkan cinderella yg terkurung dalam tu. *my friend selalu kena jd cinderella* -______-


Tu bgnn masa me darjah 5. Masih igt lagi nama kelas. 5 ANGGERIK. Dulu dpn tu takde padang. Masih tar sbb masa pindah bgnn tu, bgnn tu baru siap. So, proud la sbb dpt dok bgnn baru. Kelas pun bau cat.


Then we satu family pegi EVERYBODY'S TAILOR sbb nak tempah baju raya. This year tak buat theme2 mcm yg lps2. Takde gatal nak butang cina ke ape. Buat baju melayu biase je. My abah tgh garu kepala. Byk sgt kereta mcm anai2 keluar sarang.


Ngah sempat lagi pose sebelah masjid ZAHIR.

NOSTALGIA. Tempat kelahiran saya dulu. Masa tu zaman2 saya nakal. Pernah kena kurung kat luar rumah sbb dok sibuk main badminton dgn kwn sampai dah azan maghrib pun tak balik rumah lagi. Pukul 8pm baru balik tiba2 pintu dpn kunci. Mak dgn abah dah start solat maghrib jemaah masa tu. SAYA PUN LARI MASUK IKUT PINTU belakang. HAHA. Pintu belakang maka akan kunci pukul 10pm. So dptla masuk. My abah tak suka marah2. Tapi beliau sgt tegas. Jatuh longkang jgn ckpla. Selalu sgt saya ni jatuh lonkang. Konon pretend mcm berani sgt main lompat2 tepi longkang. Bila dah jatuh meraung balik rumah. Last2 carik mak jugakk. Terima kasih Ya Allah atas memori2 yang indah. :)

xoxo: AfandiFierce