Tuesday, June 21

Handphone Rosak

Saya marah2 ptg tadi. Puncanya? HANDPHONE SAYA ROSAK. Sebenarnye salah sendiri jugak. Takmaulah cakap kat sini apa puncanya. Mati saya kena gelak. Tapi tak sangka akan jadi seteruk ituu!! Baru je pagi td rakan sekerja saya puji2 handphone saya tu. Alih2 ptg dah rosak. Bengong. Saya nak repair di Giant memandangkan masih ada warranty card TAPI WARRANTY TU tak boleh pakai dkt outlet Nokia di Giant. Sakit hati yg teramat. AKIBATNYA lepas geram dgn makan nasi ayam sepinggan bersama ahza wufka sambil mulut tak henti henti membebel. Sudahlah nasi ayam tu nasi sikit. Saya ni tak makan dari pagi akibat kesibukan. Oleh itu bebel lagi. Mangsa yang kena mendengar? AHZA WUFKA. Kesian beliau.

Oleh itu, solusinya minggu depan balik perak dan hantar ke NOKIA CENTRE di Ipoh. Buat sementara waktu ni, hayyan pinjamkan saya handphone beliau dulu. Oh yeah! Bukannye saya risau sbb tak dpt call org ke apa, saya cuma risau kalau2 emergency call from my mother tak dpt. At least bila hayyan dah pinjamkan tak lah saya risau sgt. :)

Ahza Wufka sgt bersabar dgn saya. Kagum dgn beliau. Bukan calang calang org boleh tahan dgn perangai saya ni. Saya mengaku saya memang suka membebel dan cepat naik angin kalau apa2 gadget yang saya guna tiba2 rosak. Paling teruk saya naik angin meroyan kalau lappy saya rosak. Sebab itu saya sgt menjaga semua alat2 teknologi yang saya pakai. Tapi kadang2 kerosakkan yg berlaku tu disebabkan saya jugak. HAHAHA. Oleh itu kalau saya membebel, itu maknanya saya bebelkan pada diri sendiri. Ahza Wufka dah faham sgt dgn ragam saya, oleh itu beliau diam dan senyum sahaja bila saya membebel dan naik angin.

note: Kepada bakal isteri saya nanti, sila belajar cara2 nak kawal keadaan saya dari ahza wufka dan ibu saya. Harus amik kursus 3 bulan drpd mereka.

GAMBAR TERBARU



xoxo: AfandiFierce

Sunday, June 5

WE TELL SWEET STORIES

Masa saya sempat balik ke kg beberapa minggu yang lepas, KAMI SATU FAMILY sempat jln2 to Alor Setar. My sister's friend kawen. Me very excited sbb dah lama tak balik ke tempat kelahiran. HAA.. RAMAI yg belum tahu yg saya ni LAHIR DI KEDAH. ALOQ STAQ lagi tu. Sempat menetap di sana selama 11 tahun. Smpai darjah 5 sahajaaa. Picture kat bawah adalah suasana ketika wedding berkenaan. Si pengantin perempuan tu dulu JIRAN saya and bestfriend ngah sampai ke UIA. Both of them mmg kawan from little kids sampai UIA and now both of them dah kawen. So, we decided to go to her wedding. Her name is k.Ellina and dia adalah pegawai undang2 di Majlis bandaraya A/S. Rasanya saya takkde snap picture beliau sbb BUSY berborak bersama makcek2 di situ. HAHAHA! Almaklumlah, dah lama takk jumpa makcek2 di situ. SEMUA terkejut melihat tumBESARANku. YE LA, last diorang tgk saya umur 11 thn, sekarang UDAH 21. If sama je mcm dulu mestila something wrong somewhere.


Wedding besar besaran. We nakk parking kereta pun kena pusing2 carik tempat. Penuh!


Mak tgh sakan berborak. Gelak besar all the time. Yang sebelah tu, pakai baju warna peach tu is makcek yah chott. I like her. Dia kecoh2 sikit. Memang tipuula kalau tak gelak if borak dgn dia.


Yang pagar putih tu adalah our home DULU. Tapi dulu2 pagar berkarat. Now, since dah adaa owner baru dia cat habes satu rumah. Even dah rupa lain tapi still menggamit memori. Dulu2 kat depan rumah tu ada pokok kari yg tinggi. Mak dulu kalau nak masak kari, amek je daun kari kat pokok tu. Tapayah beli kat market.


Jalan ni la yang dulu saya dok race naik bicycle dgn kawan2. Now all my friends semua hilangg ke mana ntah. Tapi kalau dulu takde la pokok2 ni merimbun sgt. SEKARANG dah nampak sempit dah jalan ni. Garden kat dpn tu pun dulu lapang je. Now tiba2 ada pulak mini dewan kat tepi tuh. 80% rupa asal dahh hilang. Quite sad la. Gambar ngah pun tersnap sekali dlm pic ni.


Mak masih lagi rancakk berborak. timbul energy six million dollar woman dia. Yang baju biru tu namanya makcek PAH. Dok dpn rumah saya dulu.


Ni pintu DEPAN my primary school dulu. Teringat masa2 saya darjah 4. Masa tu sek. petang. Balik kul 6pm. Saya kan prefect dulu. Oleh itu kenala jaga gate sbb nak kawal situasi la kononnya. Budak2 balik kul 6pm. Saya keluar kelas kul 5.15pm. Konon nak jaga awal. padahal dok main jengket2 dgn kwn dpn pintu pagar sek. Nampak tu pondok tu? Tu namanya Cinderella's castle. Konon saya ni prince nak selamatkan cinderella yg terkurung dalam tu. *my friend selalu kena jd cinderella* -______-


Tu bgnn masa me darjah 5. Masih igt lagi nama kelas. 5 ANGGERIK. Dulu dpn tu takde padang. Masih tar sbb masa pindah bgnn tu, bgnn tu baru siap. So, proud la sbb dpt dok bgnn baru. Kelas pun bau cat.


Then we satu family pegi EVERYBODY'S TAILOR sbb nak tempah baju raya. This year tak buat theme2 mcm yg lps2. Takde gatal nak butang cina ke ape. Buat baju melayu biase je. My abah tgh garu kepala. Byk sgt kereta mcm anai2 keluar sarang.


Ngah sempat lagi pose sebelah masjid ZAHIR.

NOSTALGIA. Tempat kelahiran saya dulu. Masa tu zaman2 saya nakal. Pernah kena kurung kat luar rumah sbb dok sibuk main badminton dgn kwn sampai dah azan maghrib pun tak balik rumah lagi. Pukul 8pm baru balik tiba2 pintu dpn kunci. Mak dgn abah dah start solat maghrib jemaah masa tu. SAYA PUN LARI MASUK IKUT PINTU belakang. HAHA. Pintu belakang maka akan kunci pukul 10pm. So dptla masuk. My abah tak suka marah2. Tapi beliau sgt tegas. Jatuh longkang jgn ckpla. Selalu sgt saya ni jatuh lonkang. Konon pretend mcm berani sgt main lompat2 tepi longkang. Bila dah jatuh meraung balik rumah. Last2 carik mak jugakk. Terima kasih Ya Allah atas memori2 yang indah. :)

xoxo: AfandiFierce