Monday, July 25

6th IIC CONVOCATION- update #2

Pagi tadi saya sempat ambil robe di kampus. Alhamdulillah Ya Allah. Syukur ke atasMu. Tiga tahun saya menantikan detik detik ini, baru sekarang giliran saya tiba. Terkenang balik saat susah payah saya nak mencapai cita cita. Kalau Allah dah tetapkan bahawa sesuatu itu memang milik kita, bahawa aral melintang beribu kali sekalipun IA AKAN TETAP MENJADI MILIK KITA. Biarlah gagal berkali kali, jatuh betimpa timpa tapi yakinlah janji Allah. Sesiapa yang berusaha akan mendapat hasilnya. Saya merasa manisnyaaaa perjuangan. Tak sia sia menangis beria jawab soalan Finance yang susah. xP

TAPI tadi saya tak sempat nak jumpa rakan rakan yang lain. Lepas ambik robe, saya masuk office sampai tengah hari. Nampak sahajaaa mereka lalu lalang di depan pintu office tapi tak sempat nak bertegur sapa. Saya yakin, sesiapa yang bergelar penuntut ilmu pasti mengimpikan saat saat kejayaan seperti apa yg saya rasa sekarang ni. Mcm tu lah saya rasa 3 tahun dulu. Sekarang giliran saya, tahun depan giliran anda pulaaaaaa. Yang paling bermakna, saya dapat kongsi kegembiraan ini bersama Ahza dan puteri2 saya yang lain. Itu yang penting. Oh ! Keluarga akan bertolak ke sini pagi Jumaat. Saya tak sabar nak peluk mak abah saya yang banyak melihat jatuh bangun saya, yang banyak melihat air mata saya tumpah, yang banyak mendengar gelak tawa saya, yang banyak menghidupkan api semangat saya semula. :)





Terima kasih kepada andaaaa kerana spoilkan mood saya sebab gaji lambat masuk.

apa apa je laaaa.


xoxo: AfandiFierce

Friday, July 22

ICE ROOM SESSION @Prima Gombak

Dah lama dah sebenarnyaaaaa dok baca kat blog rakyat blogger pasal Ice Room ni. Ramai yang cakap sedap kalah secret recipe bagai. Sayaaaa pun drpd dgr cakap2 orang, baik pergi sendiri. Semalam dapat DUIT LEBIH sikit terus ajak adik tercinta merayap pergi Ice Room Prima Gombak.

LOKASI SENANG SAJAAAAA. Tepi jalan opposite dgn McD Gombak. Sebelah Hong Leong Bank dan Secret Recipe. Wah ! Jiran giteewww. Excited meh ! Deko sangat cozy dan selesa. Masuk2 saja nampak budak junior di situ. Ayoo. Dating kaa? Tempat sgt selesa. Ice Room ni banyak menggunakan warna green apple. DAMAI dan LAPAR bila masuk. Cuma yang tak sedap tu, ramai sgt pekerja yg memerhati. Saya tak suka kalau tgh makan org pandang2. Saya tau la saya makan tak pernah sopan santun.





Sayaaaa order NUTCASE. Murah sajaaaa. Rm 7.90.



Achik order Strawberry Ice Cream.



Sebelum makan berat TELAN ni dulu. RM4.50



Achik saya order INI. Ape ntah. Ala ala Japanese Dish. Okaaaaay la. Tapi saya tak suka sgt Japanese Dish. Soooooo, saya pilih yg kat bawah ni.



Ini namanya Chicken Chop noodle. SEDAP ! Mee dia tak basah sgt. Kering2 je. Ayam dia pun rangup. Okeng laaaaa. Boleh kasi 3.5 bintang out of 5.

Overall. Tak rugi makan kat sana. Harga tak mahal sgtt sgtt. Kalau nak kan kelainan boleh cuba. Oh ! Di Prima Gombak sekarang dah macam Heaven of Food. Segala bagai makanan ada kat situ. Tak payah susah pergi jauh2.


xoxo: AfandiFierce