Thursday, June 23

BELUM BERSEDIA

Hari ni saya terdengar mengenai cerita 'mereka'. SIAPAKAH MEREKA? ahahaha. Guess who? Anda anda yang yang masih mentah. WALAUPUN saya dah tamat belajar di situ TAPI saya masih lagi mengikuti perkembangan mereka. Almaklumlah, dulu kononnya nak buat perubahan dan semangat berkobar2 segala. Tapi belum pun sampai hujung tahun anda yang dulu berkobar dah lemau. Mcm mana? Tak guna ke kursus induksi sana sini, ke puchong segala kalau NIAT tu hanya tahu nak jalan2 makan angin HABISKAN wang. Tak guna juga KALAU sibuk bagi tau satu kolej yang anda teman rapat sekian sekian manusia yang mana mereka DULU adalah 'seseorang' di kolej. LIHATLAH diri anda sekarang. MEMALUKAN. Kepercayaan ahli terhadap anda juga dah kurang dan semakin menipis.

BUKAN nak kata diri saya bagus sangat, TAPI saya pernah di kedudukan anda dulu malahan lebih tinggi dan LEBIH BANYAK TEKANAN DAN TANGGUNG JAWAB sampai saya naik pening TAPI akhirnya hingga ke penamat kami mampu senyum dan berbangga atas pencapaian kami. Kenapa saya guna term kami? KERANA KAMI BEKERJASAMA.

Dulu bukan main sibuk bagi tahu semua orang anda mahu itu mahu ini, mahu belajar mahu jadi lebih baik. APA SUDAH JADI? Anda ibarat keropok lemau sekarang. Kalau anda tak usaha untuk perbetulkannya, SIA SIA WANG DIHABISKAN makan angin di puchong segala. Ops! bukan makan angin, KURSUS INDUKSI BERSAMA SENIOR KATANYA.

SEKARANG program tak jalan, anda melilau ke sana ke mari mencari masalah dan jadi bahan umpatan orang. PEGANG JAWATAN SAMPAI DUA TIGA dan berbangga, tapi ANDA lupa jawatan ITU AMANAH. Anda tak lakukan AMANAH YANG TUHAN beri. Kemudian anda menyalahkan masa yg singkat. Kata pergi kursus induksi, belajar cara kepimpinan DARI SENIOR sampai berhari2. Pergi tu pun BERKALI2. Sampai bermalam di sana sini. Tapi mana skill2 itu? Yg saya tgk, TAHU MENGARAH dan BERCAKAP sahaja. Itu bukan skill kepimpinan yg betul. ATAU itu yg senior anda ajar. SAYA juga rakan KEPADA senior anda dan saya tahu itu bukan apa yg dididik oleh mereka. Masalahnya adalah anda MALAS. MEMALUKAN. Penat sahaja SENIOR anda ajar cara membuat PROPOSAL segala, tapi sekarang SEMUA TAK SIAP. Penat sahaja SENIOR anda ajar cara mengemudi program segala, TAPI AKHIRNYA PIOH IV akan dtg TAK DIPEDULI oleh anda. SHAME ON YOU. Jadi? mahu balik tidur dan sibuk mencari kesalahan org atau anda lakukan sesuatu perbetulkan keadaan sekarang? SHAME ON YOU MAN!

BUKTIKAN yang anda mampu KOTAKAN kata kata anda SATU KETIKA DULU. INGAT, mungkin dulu anda suka menyalahkan semua yg org lakukan tak kena, kini ia berbalik kepada anda. Sedarlah sebelum AGM 2012 awal januari nanti. Jangan orang bersorak kerana anda dah lucut jawatan.

mungkin,
ANDA MASIH BELUM BERSEDIA UNTUK SEMUA INI.

xoxo: AfandiFierce

Tuesday, June 21

Handphone Rosak

Saya marah2 ptg tadi. Puncanya? HANDPHONE SAYA ROSAK. Sebenarnye salah sendiri jugak. Takmaulah cakap kat sini apa puncanya. Mati saya kena gelak. Tapi tak sangka akan jadi seteruk ituu!! Baru je pagi td rakan sekerja saya puji2 handphone saya tu. Alih2 ptg dah rosak. Bengong. Saya nak repair di Giant memandangkan masih ada warranty card TAPI WARRANTY TU tak boleh pakai dkt outlet Nokia di Giant. Sakit hati yg teramat. AKIBATNYA lepas geram dgn makan nasi ayam sepinggan bersama ahza wufka sambil mulut tak henti henti membebel. Sudahlah nasi ayam tu nasi sikit. Saya ni tak makan dari pagi akibat kesibukan. Oleh itu bebel lagi. Mangsa yang kena mendengar? AHZA WUFKA. Kesian beliau.

Oleh itu, solusinya minggu depan balik perak dan hantar ke NOKIA CENTRE di Ipoh. Buat sementara waktu ni, hayyan pinjamkan saya handphone beliau dulu. Oh yeah! Bukannye saya risau sbb tak dpt call org ke apa, saya cuma risau kalau2 emergency call from my mother tak dpt. At least bila hayyan dah pinjamkan tak lah saya risau sgt. :)

Ahza Wufka sgt bersabar dgn saya. Kagum dgn beliau. Bukan calang calang org boleh tahan dgn perangai saya ni. Saya mengaku saya memang suka membebel dan cepat naik angin kalau apa2 gadget yang saya guna tiba2 rosak. Paling teruk saya naik angin meroyan kalau lappy saya rosak. Sebab itu saya sgt menjaga semua alat2 teknologi yang saya pakai. Tapi kadang2 kerosakkan yg berlaku tu disebabkan saya jugak. HAHAHA. Oleh itu kalau saya membebel, itu maknanya saya bebelkan pada diri sendiri. Ahza Wufka dah faham sgt dgn ragam saya, oleh itu beliau diam dan senyum sahaja bila saya membebel dan naik angin.

note: Kepada bakal isteri saya nanti, sila belajar cara2 nak kawal keadaan saya dari ahza wufka dan ibu saya. Harus amik kursus 3 bulan drpd mereka.

GAMBAR TERBARU



xoxo: AfandiFierce