Saturday, May 28

GASOLINE

You are the gasoline. HAHA. Sape gasoline ittuuu?? Jap lagi saya cite. :)

By the way. Permulaan hari yang tak bagus. Depressed, down and bored. Naik bas muka mcm drug addict. Takde senyum2. Sampai tempat kerja muka macam dah lalok. Hati ku kering. Lantak ko la. Buat hal sendiri. Pergi staff room, sangkut jaket. Bla bla bla. Pergi depan. Lap cermin. Muka seposen. *ouh!entry semalam dah didelete. HAHA. Mati lau ade org baca*
Ternampak itu mamat. LANTAK ko la. Suka tak suka. I'M NOT GOING TO QUIT. BEST MAN WIN!

SAKIT PERUT tiba2. Lari ke toilet. Hari ni area manager datang menyibok. Cik Din tiba2 muncul. Saya tak pernah suka tgk dia.
Dia suka kelam kabutkan keadaan. Dah la mmg mood saya tak okkaayy.. Lagi mau kelam kabutkan keadaan. lagi bagus lau dia takde. ATAUPUN dok diam2 kat meja tu and jangan ambik tau hal sekeliling. MACAM BIASAAAAA.. Saya anggap dia macam takde.



Cik Din yang duduk di meja tu. Tak hensem punn, tapaya nak tgk.
Mood hati kering saya berterusan sampai ke tgh hari. Jam sharp pukul 2.30 pm saya pergi solat ZOHOR. Dah siap, naik atas, masih hati kering.

MOOD BERUBAH.
Mood saya berubah bila time solat Asar. Saya sempat call ahza wufka. HAPPYYY DAPAT BORAK SEKEJAP. Dgr suare pun dah okkaay. Time break saya dapat call my mother. PUNN HAPPYYY.. So. my two beloved persons dah call. Mood saya kembali okay. Hari ni saya dah semakin mahir menggunakan order machine. Saya tak tauu bende tu namee ape. So, saya suka hati saje bg nama order machine. HAHA.



Setiap kali ada order, saya kena cari nama menu and tekan2 kat situ. SERABUT. Dah la macam2 kaler. Nasib baik tak buta warna. Hari ni pun saya dah boleh hafal table no. ESPECIALLY kat reserved table area.

CLOSING
APA ITU CLOSING? Setiap kali closing banyak benda saya kena buat. EVERY SINGLE THINGS MUST BE CLEAN. oleh itu harus lap2 menu books, mop2 lantai and bla bla bla. Oleh sebab saya dah biasa buat kerja2 tu di rumahh, so tak la kekok pegang kayu mop. Hari ni saya handle closing dkt floor SORANG2. Mohan handle Barista. Kak Maria in charge kat cake counter. DAH LA kaki sakit mcm ape lagi, kena pulak tertonggek2 kemas floor. Adoi. DISASTER!



Tapi, YANG PENTING siap cepat, balik awal. Saya manage utk siapkan sume tu within half an hour only. 9.30PM sharp kerja saya dah siap. *K.Dayana puji kerja saya yg kemas dan pantas* HEHE. AND THEN, kerja kunci2 counter dimulakan.



KEMUDIAAANN, saya dan K.Dayana borak2 dekat red chair and we talk about experience and knowledge. Best la dpt borak dgn trainer. Bukan selalu punn. *Mamat tu takde, so mood happy* Hahaha. Saya balik jam 10pm.

OUH! SIAPAKAH GASOLINE?
2 jam before closing dia datang. Saya tak kenal diee, tapi saya suka tgk dia. Oleh sebab saya suka tgk dia, MOOD saya sangat positif. Siap boleh gelak2 buat kerja. WHY? Sebab dia ada di situ. Boleh takk awak dtg hari2??? Baru mood saya okaayyy. HAHA. BTW, saya tak kenal dia, tapi saya sgt suke tgk muka dia.
Macam lirik lagu drpd Britney Spears - Gasoline. "You Burned Out, Everything" HAHA. :)

xoxo: AfandiFierce

Thursday, May 26

SECOND day at work.

Hari ni shift saya pukul 12pm sampai 10pm SEPATUTNYA tapi saya BALIK AWAL sebab nak urus sikit hal pasal KONVO. The truth is, saya dah lupa yang saya akan konvo bulan Julai ni. SEMUA DUE DATE ADALAH BULAN JUNE dan saya tak sedia satu apa lagi pun. TERUKKAN SAYA? Nasib baik abah call dan cakap pasal surat konvo bla bla, baru saya teringat. OLEH ITU balik awal. *happy* :)

PAGI TADI
Inilah breakfast saya. Roti canai dan milo tabur. Makan banyak pun takk kesaaaah. Saya kan banyak bergerak? Bukan membuta sajeee.



Sampai di SOGO jam 11.08am. AWAL LAGI. Oleh itu saya ke FARMASI kat LG. Ini apa yang saya beli. Facial Blotter + Clorets + Hand Sanitizer. *KEBERSIHAN sgt penting*



Kemudian saya meninjau ninjau di LIVING AREA. TERUS pasang angan2 kalau dah ada rumah sendiri, saya nak beli ni, saya nak beli tu, ini, ituuu.. RICE COOKER sekarang tekan button saja penutup bukak sendiri. Best kan? Peti ais dah ada yang corak2 bunga. 6 tahun lagi boleh tanam pokok bunga dalam peti ais. Berangan la kejap. HAHA. KEMUDIAN masuk kerja jam 12pm. SAMPAI2 saja saya nampak sorang mamat dok kat meja depan. *Saya tau he's might be somebody sebab pakai uniform hitam* Tapi saya jalan, senyum dan terus ke bilik belakang nak letak beg. Hari ni kak Dayana tak masuk. Saya pun intai2 mamat tu dari balik pintu. Terus bisik2 panggil Kak Meen. Saya tanya sape tuuuuu? RUPANYA ITU ADALAH PEMBANTU KAK DAYANA. ASST. SUPERVISOR. Nama dia, Abg Azhan. OOOOOOOOO.. (Position yang bakal saya galas tak lama lagi) Saya tak sempat nak snap picture dia curi2 oleh itu anda anda semua tak dapat tgk muka dia. Tak hensem punnn, tapaya tgk. ngehehe.

KELAM KABUT
HARI INI SANGAT KELAM KABUT. Custemor macam anai anai keluar sarang. SAMPAI MEJA TAK CUKUP. Pukul 3pm pun CUSTEMOR MASIH RAMAI. Semalam pukul 2.30pm saya dah boleh solat. HARI NI saya solat ZOHOR pun pukul 3.30pm. SANGAT RAMAI. Tapi macam yang saya cakap. SAYA HAPPY bila ramai orang. SEBABNYA? Saya dapat jumpa dgn lebih ramai orang dan dapat melayan orang. Yang paling saya suka, ada dua orang custemors puji saya hari ni.. (cik adham afandi dah mula kembangg). Yang mula2 tu cakap MATA SAYA CANTIK. BAHAHA. Yang kedua, cakap saya rajin. Selalu nampak kesana kemari. EHEHE. Tadelaaaaa.. Saya cakap, yang lain pun rajin jugak tapi kat belakang. Semua orang rajin. CUMA YANG SAYA MENYAMPAH TU, ade customer order Choc. Milk Shake JE PON. Pastu dok bising2 suruh cepat. Ikut turn la weeyy. Dah la minum tumpah2. Muka tak nak senyum. Nak je aku rejam dia dalam sinki besar kat dapur. tu. TAPI saya senyumm sajjjeeee. DIA TAK RETI SABAR, biar kite yang sabar.

BUAT SILAP.
HARI NI SAYA BUAT SILAP. Saya tertukar menu. Menu meja 24 saya bagi kat meja 25. WALAUPUN LASAGNE tu belum diusik, tapi CUSTEMOR meja 24 TU TAKNAK. DIA NAK YANG BARU JUGAK. adoi. Saya dah cuakk macam ape je tadi. DAH LA CUSTEMOR BERTAMBAH2. Oleh itu saya passing kat Abg Azhan. Then, saya tak tau apa jadi. Kesian custemor saya, tak dapat makan apa yang diorang nakk. Mesti diorang tak happy. Kesian pulakk. MAAFLAAAAAA.. Orang ramai, staff kurang. *Rasa mcm nak terbang taknak jalan. Kalau jalan lambat*


AMMAR
Sape Ammar ni? Saya tgh lap2 kutleri. Pastu masuk mamat mane ntah. *ramai betul mamat2 hari ni. Dah la abg Nizam (NIZAM KOT NAMA DIA), Kitchen Leader tu mcm garang je, ni tambah lagi sorang* AMMAR ajar saye buat setting. APAKAH ITU SETTING? SETTING TU adalah, kutleri yang akan kita guna utk makan. CTH: Satay Fried Rice akan guna sudu & garfu. Tadi dia ajar. CANTIK TAK SAYA SUSUN?



Susunan di atas utk menu noodles & Japanese Soba. Sebelum ni saya main bagi je, tak susun punn. pandaila guna sendiri kan? HAHA. Tadi Ammar ajar. Okay, saya ingat AMMAR tu ABG. JADI saya panggil dia abg, rupanya dia BARU 18. *macam org tua jee*



Saya sempat snap picture dia dari belakang sajeee.. curi2. :P
My second day, bolehlaaa... kak dayana and kak maria takde, so quite bored. Ehem, and saya ada notice beberapa perkara yang tak patut berlaku. CONTOH: *kalau nak bergurau menggunakan perkataan2 yang tak sopan tu, silakan ke belakang ye so that custemor takkan dgr* ITULAH akibatnye kalau dah ramai staff lelaki. and and KALAU CUSTEMOR RAMAI, tak perlu la nak stress. Kita semua akan kelam kabut so kalau kita senyum dan tenang mesti kerja berjalan lebih mudah. It's quite rude masa Kak Meen lemparkan bekas sudu garfu atas peti ais krim tadi. KALAU CUSTEMOR nampak ape cite? Setakat senyum saje dpn customer tak cukupla dek, kita ni open cafe. Setiap gerak geri diperhatikan customer. Be a good role model to them. Tak perlu nak stress. Mungkin because dia baru 18 so dia belum faham lagi apa maksud PR yang bagus. SAYA ADALAH SORANG YANG SANGAT TAK SABAR tapi bila dah terjun dalam bidang ni dan bakal mempunyai outlet SR sendiri, saya harus faham erti SABAR dan TENANG. Saya suka pegang kata2 Dato' Siti masa Konsert Satu beliau: "Kita kalau kerja dgn ramai org, kalau marah pun kita tak boleh tunjuk" OLEH ITU, MEEN jangan lupa belajar yee. Saya baru masuk semalam, so saya diam dan tgk je la. Nanti org kata saya NENEK plak kalau byk ckp. :P


xoxo: AfandiFierce

Wednesday, May 25

It's The New World

Hari pertama kerja! Three Words: PENAT but FUN. :)
Hari ni saya masuk shift pagi. Jam 10am. So saya breakfast at KFC at 9.30am before masuk kerja. At 10am, terus masuk Sogo. oh! before masuk Sogo, staff Sogo akan buat ucapan kat depan pintu masuk. Poyo kan? Saya sempat snap picture. HAHA. Kalau saya, sumpahhh malu. Once dah masuk, staffs situ semua akan bow. Wah! feeling Grammy. Tetibe berangan jadi Milo Ventigmilia. Kalau berangan jadi Anne Hathaway susah pulak nanti. Masing2 muka ceria because baru nak start kerja. :)



MY FIRST ASSIGNMENT! Susun sugar packets dalam bekas. HAHA. Dalam hati gelak guling2. *Senangnye* So, buat kerja sambil nanyi lagu Gee. HAHA. Sempat la susun dalam 3 bekas mcm tu. OUH! And get to know some of the staffs yang kerja hari ini. There are, Kak meen (actually she's 18 but lagi selesa panggil akak sbb nampak tua), ade Kak Maria. She's 23. Very kakak2. Saya pun buat muka takk maluuuu. Macam2 tanya. Banyak mulut betul saya ni. HAHA. Dia baik. && the manager is Kak Dayana, also 23 y/o. Pun baik gilaaa. Supportive la.


dari kiri is the manager, kak dayana, kak meen and kak maria.

Sepatutnya, I have my own buddy sepanjang my training session BUT that girl quit hari ni. Bagi notis 24hours utk resign. Bongok kan? Tak belajar ke? Nak resign kena bagi notis awal seminggu bukannye awal sehari. So, tadi dapat tgk drama freee.. Gaduh dgn manager. Pity the manager.Tahu tak sebab ape dia resign? BECAUSE diorang mintak tolong this girl mop lantai, AND AND she said, "Saya ada diploma, kenapa nak mop lantai? Suruhla budak SPM *POINTED AT KAK MEEN* tu buat! Ni kerja buruh kasar je okay!" That was yesterday. Bongok gilaa. Mop lantai je pun. DAH KERJAA KAU, BUAT JE LAA.. Kecoh la makcik ni. Saya first day, orang tak suruh buat pun saya buat. SEBAB saya tak suka tgk benda tumpah. Kalau tak mop, saya sendiri yg akan kutip makan. OLEH ITU, LEBIH BAIK MOP. :P ngehehehe.

LUNCH HOUR
GILAA RAMAI. Saya macam nak cabut lutut letak tgh jalan dan jadikan alasan utk tapayah buat kerja. HAHA. Main2 je. Tapi FUN. SEBAB saya suka jumpa ramai orang dan mingle with them. Mana yang muda saya treat mcm kawan. Yang tua2 sikit respect la mcm orang tua kita. SAYA DAPAT KENAL DGN SORANG MAT SALEH NI. She's from Australia. BAIK GILA. Tak tau nak describe mcm mana tapi baik. SAYA tak suka custemor yang *nak sebut lasagna pun tak reti tapi bajett mat saleh* BAHAHA. Ade je. Few of them la.Lantaklah kau, aku amek order, senyum2 pastu blah. Ade jugak custemor yang TAK SABAR. Baru amek order 3 minute dah siap angkat2 tangan tanya "Where's my food?" Nak je aku campak pinggan kat muka dia. Ish! Main2 je. Haha. Layan je laa orang mcm tu. Kesian, dia tak reti sabar. Jom kita ajar dia macam mana nak sabar. :)



Walaupun PENAT tapi because I like this job and I like the environment makes me feel awesome. Takde orang pun yang akan motivate kita. Kita la kena motivate diri sendiri. BECAUSE saya suka kerja yang melibatkan ramai orang, saya rasa happy. EVEN ONE DAY saya akan in charge outlet SENDIRI, saya pun harus tahu jugak kerja2 orang bawah macam mana. Takkan la tahu nak mengarah je tapi takk reti nak buat kerja. THAT'S WHY saya tak berkira dan pikir, KERJA ITU IBADAH. Alhamdulillah, mudah mudahan dapat pahala dan diberkati. Ameen.

INI SOGO SECRET RECIPE TEMPAT SAYA KERJA.



HAHA. TIPU saja okkaay. Saya kerja kat sini. Tadi kat bawah. They call it as SOGO 1. TARGET 2011: beli kereta. Boleh balik kg sesuka hati tanpa naik bas Transnasional.



BALIK tadi at 7pm. Ouh! Sangat terharu bila dpt msg from ahza wufka. Dia tanya keadaan saya masa kerja tadi, sorryla tak dpt reply. Tgh kerja. NO PHONES ALLOWED. Dapat senyum sajjeee.. Time kaseh sebab ingat, next time saya belanja makan kek and and kite date bile saye free..



Kak Dayana suruh saya conteng2 belajar guna piping bag. SO, Saya conteng2 je la. Nama sapa tu? <3 <3 <3

xoxo: AfandiFierce

Tuesday, May 24

The Grown Up Period.

Hampir dua bulan tak jengah blog. Bukan merajuk atau bawak hati. Tapi I need some space. I called it as 'The Grown Up Period'.
Konon la grown up kann? Badan je yg 'grown up'. HAHA.



GRADUATED
Ouh! Banyak benda yang berlaku dalam dua bulan ini. I OFFICIALLY GRADUATED from IIC. Yay! Walaupun FINAL SEMESTER buat kerja gila. Sampai 6 subjek jadinya. -Short sem dulu foya2- Dah final rasakan akibatnye. Saya graduated dari IIC without says goodbye. Tak perlu punn.



RELATIONSHIP
Hubungan sosial dan bersama keluarga makin baik. Itu yang suka. Sejak dah tak pergi kolej selalu ni, saya dah makin TENANG. Takde lagi serabut2. Saya only let myself been surrounds with good vibes people. Rasa lebih tenang. Saya ambik masa ni untuk BELAJAR melihat sesuatu dgn matang. Saya dah 21 kannn.. Malu la buat benda bodoh macam kanak kanak. Hubungan bersama keluarga? MAKIN RAPAT. Sepanjang di IIC saya semakin jauh dari keluarga. Sekarang saya ambil masa untuk rapatkan kembali hubungan yang renggang. SEDARLAH keluarga selalu dgn kita. They would never leave us apart.



KERJA
Mulai 25 May 2011 saya akan mula bertugas sebagai Internship Leader di Secret Recipe Sogo, KL. Kerja, kerja, kerja, kerja -$$$$$$$- haha. This is what I want. Satu lagi cabaran yang saya kena tempuh. Yang penting, saya ingat pesanan my bonda : 'kerja tu ibadah. Ikhlaskan hati'. BAIK MAK!. Saya ni susah nak kawal emosi. Macam ibu mengandung. Mengamuk tak tentu pasal. Oleh itu, bila dah kerja bersama ramai orang ni, HARUS KAWAL EMOSI. Jangan asyik nak bad mood jeeee.. Zaman belajar dan zaman kerja berbeza. Kadang2 hairan dgn manusia yang dah dapat peluang belajar, lagi abaikan peluang tu. Sampai kena repeat papers 3-4 kali. PTPTN kena tarik la. Dpt barring letter la. Kalau tak nak belajar, gi potong getah la weyy. Ramai lagi yang nak belajar kat luar tu. Ada faham? Paling menyampah seyy kalau belajar bengong, pointer asyik drop tapi couple pandai lak. Bajet hott je. HAHA. One thing bila dah grad ni, saya baru nampak PENTINGNYA zaman belajar. Zaman belajar ni lah you have to learn a lot of things. Bukan maksud SETAKAT pegi kelas, balik baca buku sampai tak berdunia dgn orang. Dekat luar tu, peluang kerja susah. You kena ada something special dalam diri you yg boleh buat orang tertarik to hire you. Setakat dapat 4flat tapi panas baran dan tak reti cakap elok2 dgn orang, sape nak hire you kerja? Go live in the woods. That's why saya sarankan to join club atau aktiviti. Baru you could improve your PR skills. Tapi, kalau dah join kelab dan meeting 3 kali seminggu mcm hold kontrak berjuta pun susah jugak kan? Aktiviti tak ke mana pun, MEETING yang lebih. Konon macam nak buat event ala ala Grammy. Perli seyy. tapi, tak bermakna bila join kelab PR seseorang itu akan improve. Jadi cerita lain pulak nanti. Contoh: GILA KUASA. Hope sekarang dah takde la kes2 macam tu. Tak semestinya nak improve skills kena join kelab. Itu alternatif saje sbb saya belajar dari situ. Ada orang, PR dia dah mmg bagus. Macam saya kena belajar dulu, baru boleh improve. Lembab la sikit. HAHA.



KENAPA KERJA DAN TIDAK BELAJAR?
Ade je yang ajukan soalan tu pada saya. Sape cakap saya tak nak belajar? Saya ada pendiriran saya sendiri. Belajar tinggi2 sampai degree pastu dah habis baru nak teraba raba carik kerja sebab umur SUDAH MENINGKAT tapi setakat ade segulung ijazah baru. Saya nak kerja dulu, ONCE DAH DAPAT (dah dapat dah pun) saya akan pegang dan stay dalam company. Bila sampai masanya untuk kenaikan pangkat, saya akan sambung degree. Saya pilih jalan pintas dan saya prefer utk tak nak ikut jalan yang semua orang lalu. Ramai sgt. Jam nanti. Contoh, semua orang nak ke KL ikut highway. Bila dah ramai, of course akan jam. Saya lagi suka ikut jalan bawah. Sebab TAK RAMAI. Destinasi sama saje. Bezanya cepat atau lambat. Ini cara saya. Lagipun, keluarga sangat menyokong apa yang saya buat. Restu ayah bonda sgt penting. Redha Allah datang selepas redha ibu. :) Mcm mana pun, saya PERCAYA REZEKI TU TUHAN TENTUKAN. Usaha sahaja. But, please jangan tanya soalan 'kerja?? kenapa tak sambung? berapa je gaji nak sara hidup? Gaji ijazah lagi tinggi' I'll say 'Itu pendapat masing2'. Manusia ni kan suka berbeza pendapat. Terima saja lah. DIMAAFKAN sbb manusia biasa. Senyum sajee..

APA APA PUN
Ini semua yang saya sempat analisis (ewah) sepanjang hampir dua bulan tak mengarang di blog. Banyak yang dah berlaku dan banyak juga perubahan baik dalam diri atau keadaan sekeliling. IIC dah saya tinggalkan. Sekarang, masa untuk menempuh dunia nyata. Nasihat to my juniors, BELAJAR RAJIN2 AND GRAB THE CHANCE IN FRONT OF YOU. Real life is way more harder than you could imagine. That's why saya cakap, BELAJAR AND BELAJAR. Trust me, I've been there and I know. Ouh! My bestie cakap saya dah pandai berdikari! Dulu nak pergi Giant sorang pun tak berani. Well, your little MAN dah besar now. Boleh naik Putra LRT sendiri. BAHAHA. Sape bestie tu? Sape lagi. Ahza Wufka tu la. :)

xoxo: AfandiFierce