Wednesday, August 3

Ramadhan Review

Hari ni tak masuk office, duduk rumah tapi masih kena buat kerja kerja office. Selesai saja majlis convocation saya yang meriah tak hengat kat UIAM baru baru ni saya terus balik Kuala Kangsar. Nak sambut Ramadhan dengan family. Sempat la terawih dengan family kat surau taman perumahan.



Tgk tu, my gorgeous papa dah get ready nak pergi surau.



Mak sempat lagi mengadap rancangan TV kegemaran sementara tunggu my second eldest sister bersiap. Surau kami dekat saja. Belakang rumah. Selalunya abah la yang akan laungkan azan.

Maybe a bit boring and weird to some people tapi saya memang suka ikut mak pergi pasar. At least saya dapat tengok mcm mana kesungguhan masyarakat sini nak mencari rezeki and yg pastinya environment yang berbeza dari yang biasa saya lihat di Kuala Lumpur. Disebabkan 1 August dah puasa, jadi hari ni mak masak lebih sikit. Nak buat nasi tumis, ayam masak merah, sayur tumis udang dan ayam masak kicap. Makan besar weh ! So this boy lupa diri sekejap. Makan tak hengat dunia. Memang ni lah makanan favourite saya since saya kecik2 dulu and tak pernahnya cukup makan sepinggan. Menipu sangatla kalau makan sikit. Katanya this coming raya nak buat lagi. Kebetulan my eldest sister and brother in law pun balik. Supposed to be meriah la.



Masa untuk pilih sayur everybody. Are you ready mak?



See all the veges? Sangat segar walaupun saya ni bukannya peminat sayur tapi sekali sekala tgk sayur di pasar sgt best. Kalau buat pecal sgtt sedap !



Ketam ketam yang segar mak beli, nak buat masak sahur. Goreng biasa2 saja. Yang penting sedaappp.



Mak cari apa lagi tu? Tangan dah penuh dgn mcm2 dah ni. Tapi hari tu punya menu sangat sedapp. My brother in law makan tak toleh mak mentua kat belakang. Punya sedap kalah lauk kenduri. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KEPADA SEMUA. Moga mendapat keberkatannya.

Monday, August 1

6th IIC CONVOCATION- update #4

Alhamdulillah, 3oth July 2011 mencatat satu lagi sejarah dalam kehidupan saya dan semuanya berjalan dgn lancar dan baik sekali pada hari berkenaan. My mother cried right after my name has been called on stage. Perjalanan saya tak semudah seperti yang dilalui oleh orang lain. Orang lain jatuh sekali, mampu bangkit dan gagah berlari. Saya? Jatuh berkali2 dan merangkak perlahan untuk menuju kejayaan. Tapi, berkat usaha dan doa ibu, saya juga mampu berjaya seperti orang lain dan kini saya sudah mengenggam apa yang diimpikan tiga tahun lalu. Tak gentar lagi untuk terus berlari menggapai cita cita dan semakin kebal menangkis tohmahan dan kata kata sindiran mereka yang tidak jemu2 cuba menjatuhkan. Saya percaya, rezeki saya bukan di tangan mereka. Rezeki saya di tangan Tuhan. Jadi, peduli apa kata sindiran anda? Perjalanan saya masih jauh dan lebih mencabar. Tiada titik noktah untuk saya berhenti bermimpi yang indah dan berusaha mendapatkannya, kerana saya percaya setiap manusia yang dilahirkan itu ada kelebihan dan rezekinya. Bersyukur dan sentiasa meningkatkan prestasi diri. Alhamdulillah, ini kejayaan untuk mak abah saya.