Wednesday, July 6

Good Vibes People, love y'all !

Hari ni kerja macam biasa. Berjubah ke office. Oh ! Hari ni ada meeting bersama Cik Jaya kita yang coooool. Suka Cik Jaya. Macam bapa sendiri pulakk. Meeting mengenai intake ahad ni dan diskusi mengenai komplain2 yang diterima sepanjang minggu selepas intake yang terakhir. Dulu jadi SRC mane tahu sgt hal ni semua. (mmg tak amek tau pung). Sekarang baru tauuuuu. Dalam tgh hari mcm tu, ADA SORG HAMBA ALLAH ni kasi kek sebiji utk kami semua. Waaaa. GEMBIRA ! Apa lagi, makan la ! Kak Ogy dan Amirah PUASA GANTI. Tapi saya dah tapaukan dah utk diorang. Kak Ira && Angah tak dtg. So, takde rezeki. ngehehehe. Kek tu biaseje laaaa. Tak la marvelous sgt pung. Tapi bolehla utk melarikan minda yg bosan di OFFICE. KEBOSANAN satu hari. Oleh itu, kejap2 ke CAFE CARIK MAKANAN. Mana lagi boleh pergi? CAFE je laaaaaaaa. Di office pung mengantokk. Dok ingat bantal tilam kat umaaaa. Bosannnn. Ptg balek.


KEK SAYA DAN MEJA SAYA YANG BERSEPAAAAAAAAH TAK PERNAH KEMAS.


MANA KEK SAYA? HAHAHA. DAH TELANNNNN.
xoxo: AfandiFierce

Tuesday, July 5

25 RANDOM FACTS about me.

1)Nama penuh MUHAMMAD RASYDAN B MA'AT. Org panggil abg Rasydan, keluarga tercinta panggil Dan, yg tersayang panggil papa. Adham Afandi tu nama tipu saja okayyy. Ramai tanya apa maksud adham afandi? Maksudnya, adham: sesuatu yg baru, afandi: gelaran bg org yg berpangkat tinggi. Jadilah adham afandi. :D

2)Saya seorang yg bercita cita tinggi. Kalau boleh semua benda nak buat. Selagi boleh tinggi cita cita tu, selagi tu saya berangan dan akan usahakan sampai dapat.

3)Saya tak mudah jatuh hati. Berangan sikit2 tu adela, kah3 !! tapi utk jatuh hati tu sgtlah SUSAH. Saya ni takde hati perasaan kott?

4)SAYA SGT SUKA MAKAN. Semua makanan yg mengakibatkan kegemukkan saya SUKA.

5)SAYA SGT RAJIN KEMAS RUMAH dan saya suka kemas rumah. TAPI kalau dah berkali2 bersihkan, tetap dikotorkan oleh mereka YG PEMALAS, Terus saya taknak bersihkan lagi dah. BERSIHKAN SENDIRI PULAK.

6)Saya tak suka ANDA yg gila kuasa. Nak jawatan tinggi2 jek. Bajet bagus tapi kerja TAK RETI BUAAAAT.

7)Saya tak suka benda last minute. Kalau ada yg nak suruh buat pembayaran atau apa jua yg memerlukan khidmat saya tapi bagitau last minute, mmg SAYA TAKKAN AMEK TAU. Sila BELAJAR utk buat perancangan awal.

8)Saya BENCI lipas.

9)ACER adalah lappy pertama saya yg dibeli MENGGUNAKAN WANG saya sendiri.

10)Nokia X2 juga telefon bimbit pertama yang dibeli menggunakan wang saya sendiri.

11)Saya sgt suka kartun atashinchi.

12)Kalau di rumah, saya byk habiskan masa menonton channel E! saluran 712, astro. Rancangan favorite tentunya E! Live from The Red Carpet. Pastu saya akan berangan.

13)Saya tak suka sukan. Masa sekolah2 saya akan tipu cikgu kata saya ada penyakit, jd tak dpt join waktu PJ.

14)Saya dulu SANGAT aktif waktu zaman sekolah. Sijil2 saya waktu sek rendah dan menegah semuanya dah melebihi 100.

15)Saya tak pandai nak jaga budak2 sebab saya takde adik.

16)Saya BENCI nyamuk.

17)Saya suka semua jenis muzik kecuali muzik yg buat saya serabut mcm nak bunuh diri. Contohnya muzik rock.

18)Saya SUKA dan SELALU berangan

19)Saya ada seorang kwn baik/teman setia/org yg disayangi. Anda adalah AHZA SYAFIQ BIN ZAMANI.

20)Saya tak suka org BERLETER/MEMBEBEL tepi telinga saya. Nanti saya stress && bila saya stress saya akan buat benda2 yg tak sepatutnyaaaaaaa.

21)Saya sgt MEMILIH dlm berkawan. Saya mengakuuuu saya TAK MUDAH DIDEKATI. Tgk2 dari jaoh bolehla. Kalau nak dekat, sila jadi org yang boleh IMPRESS saya.

22)Saya punya tweets kat twitter dah 7000 lebih. HAHAHA.

23)Saya bukan seorang book worm tapi KALAU saya belajar, saya akan belajar MCM TAKDE HARI ESOK.

24)Saya pernah bercita cita utk jadi artis TAPI sebab saya tak sukakan KEHIDUPAN sosial bebas, SAYA RELA BELAJAR TINGGI2 SAJA dan jadi ORG TERPELAJAR.

25)MAK ABAH SAYA adalah INSAN YANG SAYA TAK DAPAT HIDUP TANPA MEREKA. MEREKA ADALAH NYAWA SAYA DAN SAYA CINTAKAN MAK ABAH SAYA. :D

xoxo: AfandiFierce

Monday, July 4

6th IIC CONVOCATION- update #1


It's JULY EVERYBODY ! Apakah yang menarik dalam bulan JULY INI?

6TH IIC CONVOCATION, IIUM GOMBAK

SIAPA YANG MAHU CONVO?
hahaha. Saya la !
Bermula entry ini, sehingga ke tarikh 31st JULY, saya akan membawakan segala update dan news mengenai convocation saya. Saya adalah antara orang yang sangat excited bila membawakan berita mengenai convocation. Dari dulu saya tak pernah lepaskan peluang mengikuti majlis convocation kakak2 saya walaupun saya tak dapat masuk dalam dewan sebab bawah umur. Tak kesaaaaa. Yang penting dpt datang bawa bunga besar2 pun dah cukup seronok.

Saya gembira melihat kejayaan orang lain. Kejayaan kedua2 kakak saya antara menjadi pembakar semangat utk saya juga berjaya. POYO JEEEE. KAH3 !! Dah betul. Paling bermakna, saya pernah kata pada diri saya sendiri 3 tahun lalu, saya akan pastikan saya dapat ambil skroll saya di dewan IIUM yang berprestij INI ! ALHAMDULILLAH. Berkat pengorbanan, doa, usaha mak abah dan kegigihan saya, kini sampai masanya. 30th July, tarikh keramat itu, saya berjaya menggapai satu lagi antara 'wildest dreams' saya selama ini. Paling BERMAKNA, apabila saya JUGA bakal mengecapi detik2 itu di DEWAN yang sama ketika kakak saya yang kedua mengecapi detik2 majlis convocation beliau. Kami berkongsi detik2 yang serupaaaaaa.

Setiap persiapan harus diatur rapi. Dalam minggu ini, atau minggu depan saya harus ke IIUM terlebih dahulu. Nak tinjau2 lokasi rehat utk mak abah saya. Keselesaan mak abah saya ketika hari convocation saya adalah amat penting ! Perlu cari tempat rehat utk mereka. Harus berhubung dgn mana2 wakil dari IIUM juga. Oh ! BAJU ! BAJU ! BAJU ! Belum lagi diputuskan. Beberapa hari sebelum majlis semuanya harus siap sedia ! Oh ! Perlu cari imej dan gaya yang sesuai ! Banyak benda nak fikir ni ! Macam nak kahwin pulak. KAH3 !! Hee. Ahza Wufka and Team kan ada. Serahkan saja mengenai penataan gaya pada mereka. Pasti fabulous! heeee. Nantikan update yang bakal menyusul nanti !

xoxo: AfandiFierce