Friday, July 29

6th IIC CONVOCATION- update #3



Tiada perasaan yang lebih membahagiakan saya apabila dapat melihat ibu bapa saya tersenyum lebar dan gembira dengan kejayaan yang saya genggam ini walaupun kejayaan saya ini tidaklah melangit tingginya. Tiga tahun saya impikan untuk mendengar nama sendiri diumumkan di dalam dewan CAC, IIUM ini dan alhamdulillah atas rezeki dan kesempatan yang diberi olehNya, esok 30th July 2011 bakal mencatat satu lagi sejarah yang tak akan saya lupakan. It has been such a wonderful, amazing, surreal, bizarre, inspirational three years that would probably ever happened in my life.

Apa lagi yang boleh saya luahkan dan ucapkan melainkan ucapan terima kasih kepada semua yang membantu saya selama ni. Jatuh bangun saya, gelak tawa saya, berjaya mahupun gagal, semua disaksikan oleh mereka. Mak Abah saya yang saya cintai, mereka tak jemu jemu mendoakan kejayaan anak anak mereka dan melihat kejayaan anak anak mereka. Kali ini, seorang lagi anak mereka berjaya melalui satu lagi detik detik bersejarah dalam kehidupan.

Secara umumnya, terima kasih buat yong dan ngah yang juga sering kali memberi motivasi buat saya. Tergigit lidah sekali sekala tu biasala. Tapi air dicincang takkan putus, mcm tu juga adek beradek. Yang penting mereka sentiasa mengingati hari2 bersejarah saya dan sentiasa menjadi penasihat saya. You guys thought me so much and I'm very lucky to take everything that you thought me.

Khas buat Ahza Syafiq, anda adalah bayang bayang saya yang sentiasa mangawal dan membantu saya melalui hari2 ceria mahupun suram. You are a role model to me in real life and thank you for giving me love. You're such a great person and a great friend. Anda adalah seorang manusia yang cukup saya segani, kagumi, saya sayangi dan saya kasihi. What else could I say? Thank you.

I am so proud to be part of this whole great story and it will be my epic history once and for all. It's been flattering and it's been amazing to got to be here with all of you.



xoxo: AfandiFierce

Monday, July 25

6th IIC CONVOCATION- update #2

Pagi tadi saya sempat ambil robe di kampus. Alhamdulillah Ya Allah. Syukur ke atasMu. Tiga tahun saya menantikan detik detik ini, baru sekarang giliran saya tiba. Terkenang balik saat susah payah saya nak mencapai cita cita. Kalau Allah dah tetapkan bahawa sesuatu itu memang milik kita, bahawa aral melintang beribu kali sekalipun IA AKAN TETAP MENJADI MILIK KITA. Biarlah gagal berkali kali, jatuh betimpa timpa tapi yakinlah janji Allah. Sesiapa yang berusaha akan mendapat hasilnya. Saya merasa manisnyaaaa perjuangan. Tak sia sia menangis beria jawab soalan Finance yang susah. xP

TAPI tadi saya tak sempat nak jumpa rakan rakan yang lain. Lepas ambik robe, saya masuk office sampai tengah hari. Nampak sahajaaa mereka lalu lalang di depan pintu office tapi tak sempat nak bertegur sapa. Saya yakin, sesiapa yang bergelar penuntut ilmu pasti mengimpikan saat saat kejayaan seperti apa yg saya rasa sekarang ni. Mcm tu lah saya rasa 3 tahun dulu. Sekarang giliran saya, tahun depan giliran anda pulaaaaaa. Yang paling bermakna, saya dapat kongsi kegembiraan ini bersama Ahza dan puteri2 saya yang lain. Itu yang penting. Oh ! Keluarga akan bertolak ke sini pagi Jumaat. Saya tak sabar nak peluk mak abah saya yang banyak melihat jatuh bangun saya, yang banyak melihat air mata saya tumpah, yang banyak mendengar gelak tawa saya, yang banyak menghidupkan api semangat saya semula. :)





Terima kasih kepada andaaaa kerana spoilkan mood saya sebab gaji lambat masuk.

apa apa je laaaa.


xoxo: AfandiFierce