Sunday, July 4

Detik Kehidupan Akhi Rasydan

Salam Keikhlasan
Setelah 20 tahun, beliau masih disini. Menongkah usia, mengejar cita. Berbagai kejayaan dikecapi, dugaan diharungi. Walau tiada lagi rahsia, namun banyak yang belum dicerita. Untuk mengetahui lebih lanjut detik kehidupannya, mari kita bersama Akhi Rasydan.

AKHI RASYDAN

Siapa sebenarnya Akhi Rasydan ni ek? hmm..susah kadang kala kita nak beritahu kita ni orang yang macam mana. Demi anda semua, saya beritahu lah juga hari ini. Saya adalah seorang yang begitu keras hati, tetapi bertempat. Kalau saya rasa benda itu mudah untuk didapati dan ada jalan penyelesaiannya saya tetap akan cuba hingga saya dapat. Kemudian, saya ni seorang yang suka tersenyum, tapi jangan buat dia marah. Marah tu bukanlah sebab dia nak mengamuk habis satu rumah ni, tak. Tapi mungkin dari segi kata kata saya tu akan jadi lebih tegas. Satu lagi mungkin sebab saya ni seorang yang susah untuk berkata 'no' kecuali atas alasan. Satu lagi mungkin saya ni seorang yang ceria kot (cee~wah). Ramai jugak yang cakap dengan saya, 'Dann ni suka sangat tersenyum' haa~tapi sebenarnya kalau tengok saya marah buruk rupanya.

LATAR BELAKANG

Saya dilahirkan dan juga dibesarkan di Alor Setar, Kedah. Ha..negeri Jelapang Padi tu. Menetap di sana selama 11 tahun di Alor Setar dan mendapat pendidikan awal di Sek.Rendah Telok Kechai. Cuma memakan masa 5min sahaja dari kawasan perumahan saya waktu itu. Ketika zaman sekolah rendah memang saya seorang yang agak aktif juga di dalam setiap pertandingan. Dan, alhamdulillah selama bersekolah di situ saya dah pun mengumpul hampir 40 sijil dari segenap peringkat bermula daripada pertandingan peringkat sekolah hingga peringkat negeri. Penghujung 2001, adalah satu tempoh di aman saya terpakasa mengikut keluarga dan berpindah ke sebuah daerah kecil di negeri Kedah, iaitu daerah Baling. Biasalah, bila abah bekerja sebagai polis, sering kali dipindahkan ke merata tempat. Menetap di sana bermula penghujung 2001 sehinggalah 2007 dan sempat menghabiskan sisa persekolahan di sebuah sekolah aliran agama di sana. Semasa di sekolah menengah, juga saya turut aktif dalam kegiatan kokurikulum dan kalau dihitung semula, hampir 20 sijil yang telah saya kumpul dari segenap pertandingan yang saya sertai. Waktu itu, seronok jugak memandangkan saya memang seorang yang suka bertanding dan pengalaman2 yang saya dapat ketika di sekolah dulu boleh juga dibuat bekalan untuk hari ini dan esok. Kini, saya telah menetap di kediaman tetap keluarga saya di Kuala Kangsar, Perak bermula penghujung 2007 yang lalu.

DUNIA BARU

Mula berhijrah ke Kota Kuala Lumpur ketika tahun 2008 dan menyambung pengajian di Kolej Islam Antarabangsa, Malaysia yang terletak di Taman Batu Muda (berhampiran Bt.Caves). Ketika mula mula menapakkan kaki di IIC, memang pada saya satu pengalaman yang sukar saya nak lupakan. Sebabnya, kalau diperhatikan, saya memang seorang yang manja ditambah lagi anak bongsu pula tu. Tapi, kadang kadang tu, mungkin sebab saya seorang yang cekal hati, jadi lantaklah nak jadi apa pun, saya buat jugak sedaya yang mampu. Pernah juga, masa awal awal masuk semester dulu, saya ditimpa sedikit kesulitan dan waktu itu saya juga agak keseorangan, jadi saya nekad bertindak sendiri untuk selesaikan apa yang patut dan alhamdulillah segalanya dimudahkan. Secara peribadi saya melihat, kehidupan saya di sini sebenarnya sedikit sebanyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang tabah, kuat dan juga menjadi seorang manusia.

MAKNA TANGGUNGJAWAB

Tanggung jawab, secara peribadi saya melihat ia sebagai satu amanah yang perlu dilaksanakan sebaiknya. Sekarang ni juga, saya dah ada tanggung jawab terhadap council saya sendiri (SRC) dan memikul jawatan sebagai Timb. Presiden 1 dan saya harus melakukan apa yang sepatutnya, menjaga nama, menjaga maruah diri. Saya rasa tanggung jawab ini, perlu disertakan dengan hati yang ikhlas dan baru kita dapat melaksanakan ia dengan sebaiknya. Tanggungjawab saya bukan sekadar di sini sahaja, namun saya melihat ia sebagai satu skop yang luas merangkumi mereka yang terlibat dalam pergaulan seharian saya dan juga kepada insan yang saya sayangi.

KEBAHAGIAAN

Kebahagiaan, bagi saya adalah satu perasaan yang begitu indah sekali dan ia lahir juga diatas keizinan Maha Pencipta. Kebahagiaan dari sudut kerjaya saya adalah bahagianya apabila saya secara peribadi mampu melaksanakan beberapa tugasan sebagai seorang pelajar dengan baik dan pada masa yang sama dapat juga melaksanakan urusan urusan luar pada waktu yang tepat. Okay, kalau kebahagiaan dalam keluarga pula, bahagianya saya apabila saya dibesarkan didalam satu keluarga dimana keluarga adik beradik, ibu bapa dan sanak saudara yang memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada saya. Kebahagiaan dari sudut peribadi pula, apabila saya dan 'anak anak' sering mengisi hidup kami masing masing. Saya mengisi hidup mereka, mereka mengisi hidup saya. Kasih sayang dan luahan rasa antara satu sama lain itulah yang membuatkan hubungan makin akrab dan didoakan agar hubungan berkekalan sampai ke akhir hayat.

CABARAN & DUGAAN

Cabaran yang datang bertamu sebenarnya tak adalah yang berat sangat kan? Mungkin ada la dalam satu dua tapi selebihnya, macam cerita cerita kurang enak yang cuba untuk menguji biasanya datang daripada orang luar dan saya sebagai manusia biasa, hanya mampu berdoa dan cuba untuk mengatasinya dengan sebaiknya. Ye lah, kalau nak diikutkan, saya yang lebih merasa impaknya sebab yang menjalani itu adalah saya sendiri.

MEMBAHAGI MASA

Okay, nak membahagi masa ni satu perkara yang sukar jugak bagi saya sebab baru nak adjustkan masa saya dengan ahza, adam dan yang lain2. Memandangkan mereka juga memerlukan perhatian daripada saya jugak. Kalau dulu, mungkin masa yang ada hanya untuk diri sendiri tetapi sekarang bila dah ada mereka ni, masa itu perlu dibahagikan kepada diri sendiri dan juga untuk mereka. Ye lah, selalu sibukkan dengan urusan kerja dan juga study membuatkan kadang kadang ia menjadi satu tekanan, tapi sekurang kurangnya masa untuk menjaga penampilan diri dan juga kesihatan harus dititik beratkan.

AKHIR CORETAN

Akhir kata saya nak sampaikan ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua yang selama ini membantu saya baik dari segi urusan peribadi mahupun kerjaya, Wirrmeezy, Ariff Shah yang sentiasa di sisi tika saya memerlukan. Untuk keluarga juga tak pernah saya lupa dan mereka adalah tulang belakang saya. Buat tiga pari pari kecil yang menjadi permata dalam hidup saya, Fatin Adilah, Ahza Syafiq dan Adam, papa loves you so much. Perjalanan saya takkan terhenti di sini sahaja, oleh itu teruskan mengikuti perkembangan Lirikan Lensa untu 'post' yang akan datang.
Salam Sayang; Akhi Rasydan

No comments: