Monday, August 1

6th IIC CONVOCATION- update #4

Alhamdulillah, 3oth July 2011 mencatat satu lagi sejarah dalam kehidupan saya dan semuanya berjalan dgn lancar dan baik sekali pada hari berkenaan. My mother cried right after my name has been called on stage. Perjalanan saya tak semudah seperti yang dilalui oleh orang lain. Orang lain jatuh sekali, mampu bangkit dan gagah berlari. Saya? Jatuh berkali2 dan merangkak perlahan untuk menuju kejayaan. Tapi, berkat usaha dan doa ibu, saya juga mampu berjaya seperti orang lain dan kini saya sudah mengenggam apa yang diimpikan tiga tahun lalu. Tak gentar lagi untuk terus berlari menggapai cita cita dan semakin kebal menangkis tohmahan dan kata kata sindiran mereka yang tidak jemu2 cuba menjatuhkan. Saya percaya, rezeki saya bukan di tangan mereka. Rezeki saya di tangan Tuhan. Jadi, peduli apa kata sindiran anda? Perjalanan saya masih jauh dan lebih mencabar. Tiada titik noktah untuk saya berhenti bermimpi yang indah dan berusaha mendapatkannya, kerana saya percaya setiap manusia yang dilahirkan itu ada kelebihan dan rezekinya. Bersyukur dan sentiasa meningkatkan prestasi diri. Alhamdulillah, ini kejayaan untuk mak abah saya.














No comments: