Monday, July 4

6th IIC CONVOCATION- update #1


It's JULY EVERYBODY ! Apakah yang menarik dalam bulan JULY INI?

6TH IIC CONVOCATION, IIUM GOMBAK

SIAPA YANG MAHU CONVO?
hahaha. Saya la !
Bermula entry ini, sehingga ke tarikh 31st JULY, saya akan membawakan segala update dan news mengenai convocation saya. Saya adalah antara orang yang sangat excited bila membawakan berita mengenai convocation. Dari dulu saya tak pernah lepaskan peluang mengikuti majlis convocation kakak2 saya walaupun saya tak dapat masuk dalam dewan sebab bawah umur. Tak kesaaaaa. Yang penting dpt datang bawa bunga besar2 pun dah cukup seronok.

Saya gembira melihat kejayaan orang lain. Kejayaan kedua2 kakak saya antara menjadi pembakar semangat utk saya juga berjaya. POYO JEEEE. KAH3 !! Dah betul. Paling bermakna, saya pernah kata pada diri saya sendiri 3 tahun lalu, saya akan pastikan saya dapat ambil skroll saya di dewan IIUM yang berprestij INI ! ALHAMDULILLAH. Berkat pengorbanan, doa, usaha mak abah dan kegigihan saya, kini sampai masanya. 30th July, tarikh keramat itu, saya berjaya menggapai satu lagi antara 'wildest dreams' saya selama ini. Paling BERMAKNA, apabila saya JUGA bakal mengecapi detik2 itu di DEWAN yang sama ketika kakak saya yang kedua mengecapi detik2 majlis convocation beliau. Kami berkongsi detik2 yang serupaaaaaa.

Setiap persiapan harus diatur rapi. Dalam minggu ini, atau minggu depan saya harus ke IIUM terlebih dahulu. Nak tinjau2 lokasi rehat utk mak abah saya. Keselesaan mak abah saya ketika hari convocation saya adalah amat penting ! Perlu cari tempat rehat utk mereka. Harus berhubung dgn mana2 wakil dari IIUM juga. Oh ! BAJU ! BAJU ! BAJU ! Belum lagi diputuskan. Beberapa hari sebelum majlis semuanya harus siap sedia ! Oh ! Perlu cari imej dan gaya yang sesuai ! Banyak benda nak fikir ni ! Macam nak kahwin pulak. KAH3 !! Hee. Ahza Wufka and Team kan ada. Serahkan saja mengenai penataan gaya pada mereka. Pasti fabulous! heeee. Nantikan update yang bakal menyusul nanti !

xoxo: AfandiFierce

No comments: