Thursday, May 26

SECOND day at work.

Hari ni shift saya pukul 12pm sampai 10pm SEPATUTNYA tapi saya BALIK AWAL sebab nak urus sikit hal pasal KONVO. The truth is, saya dah lupa yang saya akan konvo bulan Julai ni. SEMUA DUE DATE ADALAH BULAN JUNE dan saya tak sedia satu apa lagi pun. TERUKKAN SAYA? Nasib baik abah call dan cakap pasal surat konvo bla bla, baru saya teringat. OLEH ITU balik awal. *happy* :)

PAGI TADI
Inilah breakfast saya. Roti canai dan milo tabur. Makan banyak pun takk kesaaaah. Saya kan banyak bergerak? Bukan membuta sajeee.



Sampai di SOGO jam 11.08am. AWAL LAGI. Oleh itu saya ke FARMASI kat LG. Ini apa yang saya beli. Facial Blotter + Clorets + Hand Sanitizer. *KEBERSIHAN sgt penting*



Kemudian saya meninjau ninjau di LIVING AREA. TERUS pasang angan2 kalau dah ada rumah sendiri, saya nak beli ni, saya nak beli tu, ini, ituuu.. RICE COOKER sekarang tekan button saja penutup bukak sendiri. Best kan? Peti ais dah ada yang corak2 bunga. 6 tahun lagi boleh tanam pokok bunga dalam peti ais. Berangan la kejap. HAHA. KEMUDIAN masuk kerja jam 12pm. SAMPAI2 saja saya nampak sorang mamat dok kat meja depan. *Saya tau he's might be somebody sebab pakai uniform hitam* Tapi saya jalan, senyum dan terus ke bilik belakang nak letak beg. Hari ni kak Dayana tak masuk. Saya pun intai2 mamat tu dari balik pintu. Terus bisik2 panggil Kak Meen. Saya tanya sape tuuuuu? RUPANYA ITU ADALAH PEMBANTU KAK DAYANA. ASST. SUPERVISOR. Nama dia, Abg Azhan. OOOOOOOOO.. (Position yang bakal saya galas tak lama lagi) Saya tak sempat nak snap picture dia curi2 oleh itu anda anda semua tak dapat tgk muka dia. Tak hensem punnn, tapaya tgk. ngehehe.

KELAM KABUT
HARI INI SANGAT KELAM KABUT. Custemor macam anai anai keluar sarang. SAMPAI MEJA TAK CUKUP. Pukul 3pm pun CUSTEMOR MASIH RAMAI. Semalam pukul 2.30pm saya dah boleh solat. HARI NI saya solat ZOHOR pun pukul 3.30pm. SANGAT RAMAI. Tapi macam yang saya cakap. SAYA HAPPY bila ramai orang. SEBABNYA? Saya dapat jumpa dgn lebih ramai orang dan dapat melayan orang. Yang paling saya suka, ada dua orang custemors puji saya hari ni.. (cik adham afandi dah mula kembangg). Yang mula2 tu cakap MATA SAYA CANTIK. BAHAHA. Yang kedua, cakap saya rajin. Selalu nampak kesana kemari. EHEHE. Tadelaaaaa.. Saya cakap, yang lain pun rajin jugak tapi kat belakang. Semua orang rajin. CUMA YANG SAYA MENYAMPAH TU, ade customer order Choc. Milk Shake JE PON. Pastu dok bising2 suruh cepat. Ikut turn la weeyy. Dah la minum tumpah2. Muka tak nak senyum. Nak je aku rejam dia dalam sinki besar kat dapur. tu. TAPI saya senyumm sajjjeeee. DIA TAK RETI SABAR, biar kite yang sabar.

BUAT SILAP.
HARI NI SAYA BUAT SILAP. Saya tertukar menu. Menu meja 24 saya bagi kat meja 25. WALAUPUN LASAGNE tu belum diusik, tapi CUSTEMOR meja 24 TU TAKNAK. DIA NAK YANG BARU JUGAK. adoi. Saya dah cuakk macam ape je tadi. DAH LA CUSTEMOR BERTAMBAH2. Oleh itu saya passing kat Abg Azhan. Then, saya tak tau apa jadi. Kesian custemor saya, tak dapat makan apa yang diorang nakk. Mesti diorang tak happy. Kesian pulakk. MAAFLAAAAAA.. Orang ramai, staff kurang. *Rasa mcm nak terbang taknak jalan. Kalau jalan lambat*


AMMAR
Sape Ammar ni? Saya tgh lap2 kutleri. Pastu masuk mamat mane ntah. *ramai betul mamat2 hari ni. Dah la abg Nizam (NIZAM KOT NAMA DIA), Kitchen Leader tu mcm garang je, ni tambah lagi sorang* AMMAR ajar saye buat setting. APAKAH ITU SETTING? SETTING TU adalah, kutleri yang akan kita guna utk makan. CTH: Satay Fried Rice akan guna sudu & garfu. Tadi dia ajar. CANTIK TAK SAYA SUSUN?



Susunan di atas utk menu noodles & Japanese Soba. Sebelum ni saya main bagi je, tak susun punn. pandaila guna sendiri kan? HAHA. Tadi Ammar ajar. Okay, saya ingat AMMAR tu ABG. JADI saya panggil dia abg, rupanya dia BARU 18. *macam org tua jee*



Saya sempat snap picture dia dari belakang sajeee.. curi2. :P
My second day, bolehlaaa... kak dayana and kak maria takde, so quite bored. Ehem, and saya ada notice beberapa perkara yang tak patut berlaku. CONTOH: *kalau nak bergurau menggunakan perkataan2 yang tak sopan tu, silakan ke belakang ye so that custemor takkan dgr* ITULAH akibatnye kalau dah ramai staff lelaki. and and KALAU CUSTEMOR RAMAI, tak perlu la nak stress. Kita semua akan kelam kabut so kalau kita senyum dan tenang mesti kerja berjalan lebih mudah. It's quite rude masa Kak Meen lemparkan bekas sudu garfu atas peti ais krim tadi. KALAU CUSTEMOR nampak ape cite? Setakat senyum saje dpn customer tak cukupla dek, kita ni open cafe. Setiap gerak geri diperhatikan customer. Be a good role model to them. Tak perlu nak stress. Mungkin because dia baru 18 so dia belum faham lagi apa maksud PR yang bagus. SAYA ADALAH SORANG YANG SANGAT TAK SABAR tapi bila dah terjun dalam bidang ni dan bakal mempunyai outlet SR sendiri, saya harus faham erti SABAR dan TENANG. Saya suka pegang kata2 Dato' Siti masa Konsert Satu beliau: "Kita kalau kerja dgn ramai org, kalau marah pun kita tak boleh tunjuk" OLEH ITU, MEEN jangan lupa belajar yee. Saya baru masuk semalam, so saya diam dan tgk je la. Nanti org kata saya NENEK plak kalau byk ckp. :P


xoxo: AfandiFierce

No comments: